Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : LKIM nafi jual ikan tidak segar

Wartawan Sinar Harian II 28 Ogos 2015
 
   

 

PASIR PENAMBANG – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menafikan tuduhan segelintir pihak yang mendakwa ikan yang dijual di pusat jualan ikan di Kompleks LKIM Kuala Selangor tidak segar.

Pengerusinya, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, pihaknya sebelum ini ada menerima aduan berbentuk tuduhan yang mendakwa ikan yang dijual tidak segar.

Bagaimanapun pihaknya menegaskan, hasil tangkapan ikan nelayan yang dijual terus ke pusat jualan itu adalah segar dan dijual terus kepada pengunjung pada harga berpatutan.

“Mungkin dakwaan itu timbul disebabkan mereka keliru antara stok ikan sejuk beku dengan ikan segar yang dijual di pusat jualan itu sehingga timbul rungutan yang kurang menyenangkan.

 

                                      LKIM nafi jual ikan tidak segar

“Ini kerana ada stok ikan sejuk beku turut dijual bagi memastikan bekalan ikan sentiasa mencukupi bagi memenuhi permintaan luar biasa,” katanya yang diminta mengulas lanjut mengenai tuduhan terbabit.

Irmohizam yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor menjelaskan, permintaan yang diterima pengunjung cukup menggalakkan sehingga ada masanya stok ikan segar tidak mencukupi.

“Sebab itu LKIM ambil inisiatif sediakan stok ikan sejuk beku. Mungkin sebab itu pengguna yang datang keliru dengan stok sejuk beku yang turut dijual bersama ikan segar seperti di pasar raya.

“Untuk pencerahan semua pihak, sebenarnya pusat jualan ikan yang dibuka di kompleks itu masih baru lagi sebagai permulaan untuk memberi kesedaran kepada nelayan untuk menjual terus hasil ikan kepada pengguna.

“LKIM giat memupuk kesedaran kepada nelayan di perairan Kuala Selangor dan Tanjong Karang supaya tidak bergantung dengan orang tengah dan menjual hasil ikan terus ke kompleks ini.

“Bahkan kami turut mengkaji kaedah terbaik untuk memastikan pendaratan ikan dapat di kompleks ini supaya bekalan ikan segar sentiasa mencukupi,” katanya.

Tambah Irmohizam lagi, mungkin sudah tiba masanya LKIM bekerjasama dengan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) untuk menentukan strategi pemasaran ikan dengan lebih baik pada masa akan datang.

“Ini sebab, kita mahu menjenamakan Kompleks LKIM Kuala Selangor ini sebagai Pusat Jualan Ikan Segar Selangor, sekali gus memenuhi keperluan pengguna,” katanya yang masih menunggu tarikh sesuai untuk majlis perasmian kompleks itu.

   

Kemaskini pada 2015-09-09 15:24:24 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page