Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Motosikal berkuasa tinggi imej baru peronda MDKS

Wartawan Sinar Harian II 27 Ogos 2015
 
   

 

KUALA SELANGOR – Unit Rondaan Bermotor Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) kini berwajah baru dengan menaik taraf empat kenderaan berkuasa tinggi.

Setiausahanya, Azahari Sairin berkata, empat motosikal jenis Yamaha FZ150 digunakan sejak Mei lalu bagi menggantikan motosikal sedia ada jenis Modenas Kriss.

Menurutnya, Unit Rondaan Bermotor MDKS sudah ditubuhkan sejak 2004 lalu bagi mengatasi masalah harian dan aduan awam dengan kadar segera.

 

                                          Motosikal berkuasa tinggi imej baru peronda MDKS

“Sebagai permulaan, empat kenderaan dinaik taraf bagi membolehkan penguat kuasa MDKS bertindak pantas dan menyelesaikan masalah awam lebih cekap.

“Selain itu, unit ini juga melaksanakan tugas khas seperti mengiringi pegawai tertinggi kerajaan negeri yang melawat MDKS dan program rasmi,” katanya kepada Sinar Harian.

Azahari berkata, unit penguat kuasa juga diberi tanggungjawab membuat rondaan di kawasan taman perumahan di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Saya percaya, pemantauan di lokasi lebih jauh dan terpencil dapat dilaksanakan sebaik mungkin dengan penggunaan motosikal yang mempunyai kapasiti enjin lebih besar.

“Dalam pada sama, MDKS berusaha menangani masalah pemasangan poster haram di kawasan tanpa kebenaran memandangkan PBT serius menangani setiap aduan yang dipanjangkan,” katanya.

   

Kemaskini pada 2015-09-09 11:26:54 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page