Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : 'Mungkin ini agenda pembangkang'

Wartawan Sinar Harian II 17 Ogos 2015
 
   

 

TANJONG KARANG – Penduduk Parlimen Tanjong Karang dinasihatkan tidak mudah terpedaya dengan hebahan berunsur fitnah dalam laman sosial dan blog yang boleh merosakkan perpaduan negara.

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar menjelaskan, isu negara yang ditimbulkan oleh  pihak tidak bertanggungjawab boleh menyebabkan rakyat marah tanpa memeriksa kesahihan terlebih dahulu.

Menurutnya, penduduk khususnya generasi muda dinasihatkan jangan mudah mempercayai isu yang disebarkan kerana perkembangan fitnah masa kini cukup membahayakan.

“Kemungkinan isu ini adalah agenda pembangkang yang cuba memburukkan kerajaan lebih-lebih lagi ia mudah disebarkan dalam blog dan laman sosial Facebook tanpa sebarang sekatan.

 

                                      'Mungkin ini agenda pembangkang'

“Jika tidak dibendung, fitnah mampu menjatuhkan seseorang hanya dengan hujung jari saja,” katanya selepas mengunjungi 10 rumah warga emas yang terlantar sakit sempena Walkabout Kampung Parit Serong.

Bercakap mengenai program, Noh yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor turut meluluskan RM50,000 untuk kerja baik pulih Balairaya Kampung Parit Serong.

“Saya difahamkan kemudahan bumbung dan siling balai raya kampung ini rosak tanpa sebarang kerja pembaikan sehingga menyukarkan penduduk untuk menganjurkan program kemasyarakatan.

“Selain balai raya, saya turut meluluskan sejumlah peruntukan untuk kerja baik pulih rumah penduduk yang kritikal supaya beban yang ditanggung dapat diringankan bersama.

“Walkabout ini adalah salah satu tradisi kunjung mengunjung rumah penduduk di dalam Parlimen Tanjong Karang setiap  minggu supaya saya dapat mendekati pengundi dengan lebih mesra,” katanya.

Aktiviti Walkabout Kampung Parit Serong secara konvoi bermotosikal itu sememangnya dinanti Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Penduduk Persekutuan (JKKP) Parit Serong, Abd Halim Abd Hamid dan wakil penduduk, Abd Rahman Marjumin.

Abd Rahman berkata, pihaknya bersyukur apabila keperluan penduduk terhadap balai raya itu dapat perhatian pemimpin setempat.

“Akhirnya kami dapat memanfaatkan satu-satunya tempat berkumpul masyarakat setempat sekali gus merancang aktiviti akan datang,” katanya.

   

Kemaskini pada 2015-08-18 12:05:43 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page