Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : MDKS kenal pasti punca banjir

Wartawan Sinar Harian II 14 Ogos 2015
 
   

 

PUNCAK ALAM – Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) mengenal pasti punca banjir kilat yang berlaku di Puncak Alam disebabkan daya tampungan kolam tadahan banjir yang lebih rendah. 

Yang Dipertua MDKS, Noraini Roslan menjelaskan, kolam tadahan tidak dapat menampung kapasiti air yang dijangka lebih tinggi selepas hujan lebat lebih dua jam. 

Menurutnya, limpahan air akan menjejaskan kawasan rendah di penempatan berhampiran seperti di Jalan Lautan Samudera 9/5, 9/6 dan 9/7 yang melibatkan 86 rumah. 

“Kawasan tasik di perumahan Sinar Alam mempunyai beberapa masalah dari segi reka bentuk, aliran air disalirkan ke siltation pond yang mempunyai sekatan sebelum mengalir ke kolam utama. 

“Sekatan itu melambatkan lagi aliran air ke kolam utama terbabit malah limpahan air melebihi daripada kapasiti kolam di Puncak Alam juga lambat mengalir keluar ke kolam Puncak Bestari. 

“Keadaan itu menyebabkan air bertakung di Jalan Lautan Samudera manakala aliran ke hilir juga menjadi perlahan akibat hujan lebat di Hulu Sungai Buloh yang menampung limpahan dari kawasan Puncak Alam,” katanya. 

 

                                       MDKS kenal pasti punca banjir

Noraini berkata, hujan lebat pada 11 Ogos lalu disifatkan satu kejadian luar biasa memandangkan berlakunya ribut petir bagi kawasan yang luas meliputi Perak dan Selangor.

“Bagaimanapun MDKS memandang berat isu banjir ini dan antara gerak kerja awal yang dilaksanakan adalah pembersihan kolam takungan air di saluran masuk dan keluar ke kolam di kawasan perumahan. 

“Pembersihan turut dijalankan di kawasan perumahan penduduk yang terlibat di bawah seliaan MDKS dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) dan badan bukan kerajaan (NGO). 

“Pihak Tesco turut memberi sumbangan berupa alatan cucian manakala Syabas menyediakan lori tangki untuk kerja pembersihan bagi meringankan beban mangsa. 

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan penduduk turut memberi sumbangan kelengkapan seperti bantal, selimut dan tikar kepada mangsa banjir yang ditempatkan di Surau At Taufiqiah,” katanya. 

Kata Noraini, MDKS turut mengarahkan kontraktor pembersihan untuk membersihkan sampah yang tersangkut pada laluan keluar (outlet) utama kolam takungan Puncak Alam dan kawasan perumahan.  

“Arahan itu adalah antara tindakan awal yang diambil PBT bagi membendung kejadian banjir kilat pada masa akan datang di kawasan Puncak Alam. 

“Selain itu, MDKS turut akan menjalankan pelan jangka panjang bagi membendung masalah banjir seperti melaksanakan pembersihan kolam takungan secara berkala. 

“Pihak pemaju di kawasan Alam Suria dan Puncak Bestari turut diminta supaya pemantauan kerja penyelenggaraan kolam takungan dapat dijalankan dengan baik," katanya.

Menurut beliau, cadangan menaik taraf saliran di sepanjang jalan Persiaran 6 turut dibangkitkan selepas meneliti keseluruhan sistem saliran dan kapasiti kolam takungan yang ada di Puncak Alam. 


“Malah ujian semula saiz pembetung (cross culvert) di laluan Persiaran 6 perlu dibuat bagi memastikan aliran air sempurna ketika berdepan hujan lebat,” katanya.
   

Kemaskini pada 2015-08-18 11:58:45 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page