Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Sindiket jualan barang tiruan tumpas

Wartawan Sinar Harian II 05 Ogos 2015
 
   

 

KUALA SELANGOR - Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Kuala Selangor berjaya menumpaskan sindiket jualan barang tiruan di daerah ini.

Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNKK Cawangan Kuala Selangor, K Ramesh menjelaskan, pemeriksaan di sebuah premis berjaya menahan lelaki berusia lingkungan 30-an yang juga pemilik premis yang mempamerkan pelbagai jenis barang tiruan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati premis terbabit secara langsung mendedahkan untuk menawarkan barangan beg tangan, walet, kasut dan selipar yang menggunakan satu perihal dagangan palsu jenama Michael Kors (MK), Louis Vuitton (LV), Gucci, Nike dan Adidas.

 

                                            Sindiket jualan barang tiruan tumpas

“Bertindak atas kesalahan tersebut, penguat kuasa KPDNKK Kuala Selangor merampas sebanyak 364 unit barangan jenama palsu untuk siasatan.

“Nilai rampasan lebih kurang RM10,285,” katanya kepada Sinar Harian selepas Operasi Barangan Tiruan di Bandar Baru Kuala Selangor membabitkan lima pegawai.

Ramesh menegaskan, sekiranya disabitkan kesalahan, peniaga boleh dihukum denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barangan atau di penjara tidak melebihi  tiga tahun.

“Sekiranya kesalahan dilakukan oleh sesuatu pertubuhan perbadanan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barangan yang dirampas.

“Peniaga diingatkan supaya tidak menawarkan barangan tiruan berjenama kerana KPDNKK Kuala Selangor akan sentiasa memantau premis yang menjual barang tiruan,” katanya yang akan meneruskan operasi sama pada masa akan datang secara berkala.

   

Kemaskini pada 2015-08-18 11:50:29 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page