Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Isu poster berunsur fitnah

Wartawan Sinar Harian II 05 Ogos 2015
 
   

 

TANJONG KARANG - Sebaran poster berunsur fitnah mengaitkan Pemuda Umno Tanjong Karang menimbulkan persepsi buruk lebih-lebih lagi membabitkan nama presiden parti itu.

Ketuanya, Maruwan Ahmad berkata, sebaran poster yang jelas menunjukkan rasa tidak hormat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kata-kata kesat cukup dikesali.

“Pemuda Tanjong Karang mengambil tindakan membuat laporan polis di Balai Polis Tanjong Karang supaya insiden serupa tidak berulang dan individu tidak bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan.

“Ini kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab seperti ini sangat mendukacitakan pemuda Tanjong Karang sedangkan kami tidak pernah membuat apa-apa pengumuman atau bantahan berkenaan dengan isu yang melanda pemerintahan Presiden Umno.

“Saya berharap pihak polis akan menyiasat dan menahan suspek yang terlibat dalam masa terdekat sebagai peringatan kepada orang lain,” katanya kepada Sinar Harian.

 

                                                   Isu poster berunsur fitnah

Sebelum ini, sebaran poster terbabit mengejutkan ahli pemuda apabila nama Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tanjong Karang terpampang jelas dengan kata kurang enak terhadap presiden parti.

Penolong Setiausahanya, Mohd Fauzi Kuraisin berkata, pihaknya terkejut apabila menerima pesanan khidmat ringkas melalui aplikasi wasap berbentuk poster yang mengaitkan nama Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tanjong Karang.

“Jelas terpampang desakan terhadap presiden parti supaya letak jawatan oleh individu tidak bertanggungjawab menggunakan logo parti sehingga menimbulkan pertikaian.

“Tidak mahu perkara berulang, kami bertindak mengambil tindakan laporan polis supaya individu tidak bertanggungjawab tidak sewenang-wenangnya memburukkan parti dengan sebaran poster tidak bermaruah,” katanya.

   

Kemaskini pada 2015-08-18 11:42:43 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page