Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Amaran buat peniaga mercun

Wartawan Sinar Harian II 30 Jun 2015
 
   

 

KUALA SELANGOR – “Peniaga mercun diberi amaran keras supaya tidak lagi menjual barangan terbabit di tempat awam tanpa permit sah,” demikian tegas Setiausaha Majlis Daerah Kuala Selangor, Azahari Sairin.
 
Menurutnya, tindakan segelintir peniaga yang menjual pelbagai jenis mercun kepada orang awam di kawasan tumpuan dan kedai makan menimbulkan kacau ganggu dan aduan.
 
“MDKS menerima banyak aduan berhubung tindakan individu yang menjual mercun tanpa permit sah sehingga mengundang bahaya kepada anak penduduk yang membeli tanpa pemantauan ibu bapa.

 

                                              Amaran buat peniaga mercun

“Hasil tinjauan mendapati, mereka yang berniaga di bazar turut sama menjual mercun di kawasan tumpuan memandangkan permintaan menjelang Ramadan dan Syawal cukup tinggi,” katanya.
 
Bagaimanapun katanya, sewajarnya mereka yang mahu berniaga mercun perlu terlebih dahulu mendapatkan permit dari pihak berkuasa.
 
Katanya, permohonan itu perlu dibuat sebelum permohonan permit dikemukakan kepada MDKS.
 
“Sehubungan itu, saya berharap mereka dapat mematuhi undang-undang.
 
"Namun, sekiranya ingkar, MDKS akan mengambil tindakan tegas berdasarkan peraturan sedia ada demi kesejahteraan penduduk,” katanya.
 
Dalam perkembangan lain, Azahari turut memuji prestasi Ahli MDKS yang dilihat lebih baik pada penggal ini melalui penganjuran program dan penyertaan orang awam.

“Saya lihat komitmen mereka cukup tinggi sebagai perantara MDKS dan membantu menyalurkan aduan proaktif untuk tindakan selain mengukuhkan hubungan orang awam,” katanya.

   

Kemaskini pada 2015-07-07 09:42:13 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page