Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Tunggu dokumen pelan bangunan

Wartawan Sinar Harian II 23 Jun 2015
 
   

 

KUALA SELANGOR – Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) masih menunggu dokumen lengkap berhubung permohonan pelan bangunan bagi projek pembinaan Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Selangor.

Setiausahanya, Azahari Sairin menjelaskan, pihaknya sudah pun meluluskan permohonan kebenaran merancang (KM) bagi pembinaan bangunan yang sama bagaimanapun masih meneliti permohonan pelan bangunan.

Menurutnya, ada beberapa syarat yang masih gagal dipatuhi pihak perancang yang dilantik meskipun sebelum ini MDKS ada menasihatkan supaya syarat terbabit dapat dipenuhi.

                                                 Tunggu dokumen pelan bangunan

“Ini kerana dari pihak MDKS, kita tiada masalah berbangkit terhadap permohonan untuk projek pembinaan pusat pengumpulan hasil pertanian itu yang bakal memberi manfaat kepada penduduk.

“Malah kita tumpang gembira bila ada inisiatif seperti yang diambil PPK Kuala Selangor untuk mewujudkan pusat pengumpulan hasil pertanian di kawasan bandar,” katanya.

Azahari berkata, jika perancang yang dilantik mempunyai masalah, pihak PPK Kuala Selangor perlu membuat keputusan samada menamatkan khidmat dan melantik perancang baru.

“Sekiranya ada pelantikan perancang baharu, saya juga minta mereka berurusan terus dengan Jabatan Perancangan Pembangunan MDKS supaya proses permohonan berjalan lancar

“Kalau boleh, MDKS pun mahu lihat projek yang mempunyai kepentingan awam ini dapat disiapkan dengan segera,” katanya ketika diminta mengulas status permohonan projek pembinaan Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian PPK Kuala Selangor.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam memohon supaya kelulusan pelan bangunan bagi projek pembinaan Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian PPK Kuala Selangor dapat disegerakan.

“Kelulusan pelan bangunan itu penting bagi membolehkan PPK Kuala Selangor dapat meneruskan projek untuk mengumpul hasil pertanian di kawasan ini. Saya difahamkan KM sudah diluluskan bagaimanapun pelan bangunan masih belum mendapat lampu hijau pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Sebab itu, saya harap kelulusan pelan bangunan dapat disegerakan kerana potensi kawasan ini menjadi tumpuan pertanian cukup tinggi selain elemen untuk menarik pelancong untuk agro pelancongan.

“Ini kerana tanah seluas 30.8 hektar ini mampu menjadi kawasan pengeluaran hasil pertanian seperti rock mellon, cili, nangka madu, kacang, sayur-sayuran dan hasil kelapa sawit,” katanya.

   

Kemaskini pada 2015-07-07 09:34:49 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page