Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Peniaga ingkar syarat pemakaian

Wartawan Sinar Harian II 22 Jun 2015
 
   

 

KUALA SELANGOR – Kesedaran penjagaan dan jaminan keselamatan makanan yang dijual di bazar Ramadan di daerah ini masih rendah apabila peniaga dikesan gagal mematuhi syarat pematuhan pemakaian.

Setiausaha Majlis Daerah Kuala Selangor, Azahari Sairin menjelaskan, hasil pemeriksaan dan tinjauan mendapati peniaga masih gagal memakai sarung tangan, penutup kepala dan apron.

Menurutnya, pihak berkuasa tempatan (PBT) bersama agensi kerajaan mengadakan pemeriksaan berkala di bazar yang dikenal pasti bagi memberi tumpuan meningkatkan kesedaran peniaga.

                                                            Peniaga ingkar syarat pemakaian

“Usaha ini adalah kelangsungan daripada Kempen Bazar Ramadan Mampan dan Kitar Semula Minyak yang dianjurkan tahun lalu dan memastikan peniaga akur dengan syarat yang ditetapkan.

“Memang bukan mudah nak didik bagaimanapun MDKS berusaha untuk mengambil pendekatan terbaik bagi memastikan kempen ini diteruskan dari masa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Kempen Keselamatan Makanan Bazar Ramadan 2015 di Bazar Ramadan Kuala Selangor 2 yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Mengenai PBT Dun Selangor, Dr Idris Ahmad.

Dalam program itu, sebanyak 500 apron, 100 botol kitar semula minyak masak dan 300 bubur lambuk diedarkan kepada peniaga bersama Ahli MDKS bermula jam 430 petang.

Sementara itu, Dr Idris yang juga Adun Ijok berkata, kesedaran peniaga perlu ditingkatkan supaya kebersihan tapak niaga dan makanan yang dijual pada tahap yang memuaskan dan selamat.

“Kita tidak mahu pengguna kena keracunan makanan sebab beli di bazar Ramadan dan kempen ini penting bagi memastikan produk yang dijual selamat, bersih serta sihat. Setakat ini, saya berpuas hati dengan prestasi peniaga yang masih jaga kebersihan masing-masing tapi malangnya ada yang tidak memakai sarung tangan.

“Mungkin galakan akan diteruskan pada kempen seterusnya sebab kita ada undang-undang yang perlu dipatuhi tapi budaya masyarakat masih belum berubah,” katanya.

   

Kemaskini pada 2015-07-07 09:32:51 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page