Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Sultan Selangor berbuka bersama rakyat

Wartawan Sinar Harian II 19 Jun 2015
 
   

 

SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.
    
Pada majlis itu, baginda turut berkenan menerima zakat perniagaan daripada empat syarikat berjumlah RM12.46 juta bagi tahun kewangan berakhir 2014, bagi pihak Lembaga Zakat Selangor.

                                                 Sultan Selangor berbuka bersama rakyat

Empat syarikat yang menyampaikan zakat perniagaan itu adalah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebanyak RM5.14 juta, Plus Malaysia Berhad (RM3.13 juta), UMW Holdings Berhad (RM2.95 juta) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) RM1.24 juta.
    
Sultan Sharafuddin juga menyampaikan sumbangan hari raya kepada 616 individu terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan asnaf terdiri daripada fakir dan miskin, anak yatim serta mualaf.
    
Kesemua 325 asnaf fakir dan miskin serta 149 mualaf menerima sumbangan RM500 setiap seorang manakala 142 anak yatim pula menerima RM100. - Bernama

   

Kemaskini pada 2015-06-22 08:13:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page