Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Transformasi balai raya ke gimnasium

Wartawan Sinar Harian II 19 Jun 2015
 
   

 

SAWAH SEMPADAN (Kuala Selangor) – Gimnasium Rakyat Kuala Selangor yang dibuka di Blok AGH, di sini menjadi satu-satunya kemudahan senaman percuma untuk orang kampung di dalam Parlimen Tanjong Karang.

Adun Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias menjelaskan, kemudahan riadah di tengah sawah itu mampu memanfaatkan bangunan lama yang sudah tidak digunakan lagi.

Menurutnya, pihaknya menyokong penuh usaha Kelab Gimnasium Rakyat 1Malaysia dan Majlis Belia Daerah Kuala Selangor yang mahu mewujudkan satu gim untuk rakyat di kawasan ini.

“Lebih menarik bila diwujudkan dalam Dun Sungai Burong dan memanfaatkan bangunan balai raya lama yang tidak digunakan lagi. Lagipun inilah kemudahan yang dinanti penduduk terutamanya golongan muda.

 

                                                 Transformasi balai raya ke gimnasium

“Saya galakkan orang kampung supaya dapat keluar peluh melalui aktiviti senaman sihat dengan pelbagai kemudahan peralatan yang disediakan cukup lengkap,” katanya.

Bekas Ketua Pembangkang Selangor itu berkata, pihaknya mahu gim rakyat itu menjadi tumpuan anak muda bukan saja dengan aktiviti riadah tapi pelbagai program sihat lain.

“Kita kena manfaatkan kemudahan gim yang ada seiring kempen yang sering saya jalankan iaitu amalan cara hidup sihat dan galakan keluar peluh kepada penduduk setempat.

“Sebab saya lihat golongan berusia 40-an sudah dikesan hidap sakit jantung dan kencing manis. Sepatutnya mereka kena jaga kesihatan dan amal gaya hidup sihat," katanya.

Menurutnya, bayaran yuran tahunan gim rakyat ini pun cukup murah iaitu RM20 sahaja dan sesiapa yang mahu masuk hanya dikenakan bayaran RM3, tidak semahal seperti gim lain yang ada di pekan.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuala Selangor, Maruwan Ahmad menjelaskan, pemilihan lokasi gim rakyat itu berdasarkan jumlah pengguna yang ramai dari kawasan kampung.

“Sebelum ini kita sudah ada gim di kawasan pekan dan bila tengok lebih 60 peratus pengguna gim rakyat ini datangnya dari kampung seperti Sawah Sempadan, jadi pemilihan dibuat di kampung berhampiran.

“Jadi, kita beri kemudahan lebih dekat dengan mereka, malah penggunaan balai raya lama ini pun dapat persetujuan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP),” katanya.

   

Kemaskini pada 2015-06-19 11:32:19 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page