Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Sampai bila sesak begini?

Wartawan Sinar Harian II 10 Jun 2015
 
   

 

PUNCAK ALAM - Bukan sekali tetapi lebih tiga kali kemalangan direkodkan berlaku di persimpangan masuk Taman Industri Alam Jaya, di sini.

Penduduk, Jumari Jama’in, 41, berkata, kebanyakan penduduk terutama ibu bapa bimbang apabila kemalangan kerap berlaku melibatkan penunggang motosikal.

Menurutnya, persimpangan terakhir sebelum susur keluar ke Shah Alam, Kuala Lumpur dan Klang itu sering sesak terutamanya pada waktu puncak disebabkan kawasan perindustrian selain menjadi laluan keluar masuk treler.

“Banyak kemalangan berlaku disebabkan tiada kemudahan lampu isyarat dan mungkin jika ada bonggol atau jalur kuning, boleh membantu memperlahankan kenderaan.

“Ada cadangan supaya bonggol dan jalur kuning dapat dibuat di kawasan persimpangan itu namun bergantung kepada pihak berwajib untuk mempertimbangkan kesesuaiannya,” katanya.

 

                                                 Sampai bila sesak begini?

Isu sama turut dibangkitkan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Zon 07 apabila aduan kekerapan berlakunya kemalangan di kawasan itu membabitkan anak penduduk.

Pengerusinya, Mohd Razib Mohd Talib, 42, berkata, kemudahan lampu isyarat dilihat penting memandangkan jumlah kenderaan melalui jalan alternatif yang kini menjadi laluan utama untuk keluar dari Puncak Alam semakin hari semakin banyak.

“Jumlah penduduk pun semakin ramai dengan penambahan projek perumahan di kawasan ini, jadi memang wajarlah persimpangan masuk ke pasar raya besar itu dipasang lampu isyarat," katanya.

   

Kemaskini pada 2015-06-19 11:27:10 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page