Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Lembu berkeliaran ganggu pengguna jalan

Wartawan Sinar Harian II 06 Jun 2015
 
   

 

KUALA SELANGOR – Kemalangan membabitkan pelanggaran lembu yang berkeliaran di Bukit Rotan, di sini masih berulang sehingga mengundang masalah kepada penduduk setempat.

Lembu ternakan yang lepas bebas sepanjang laluan dari Kuala Selangor menghala ke Ijok tanpa mengira siang dan malam umpama perangkap maut pengguna jalan raya.

Penduduk, Abdul Basar Sulaiman, 38, berkata, isu lembu yang dibiarkan lepas tanpa pengawasan sudah banyak kali dibangkitkan dalam media, bagaimanapun masih tiada penyelesaian.

“Meskipun ada kemalangan membabitkan pelanggaran lembu sekali pun, masalah haiwan berkeliaran masih berlarutan sehingga mengganggu tumpuan pengguna pada waktu malam.

 

                                                 Lembu berkeliaran ganggu pengguna jalan

“Lagipun jalan nak ke laluan lebuh raya gelap dan kenderaan yang lalu lalang tak nampak kalau ada lembu yang melintas atau tidur atas jalan pada waktu malam,” katanya kepada Sinar Harian.


Katanya, kes kemalangan sering berlaku di laluan ini lebih-lebih lagi jalan utama dari susur keluar Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) padat ketika musim cuti sekolah atau hujung minggu.

“Pemilik lembu perlu sedar hal ini penting demi keselamatan pengguna jalan raya…janganlah mereka lepas tangan kalau biarkan lembu tanpa pengawasan sebab boleh mengorbankan nyawa orang.

“Saya mohon kepada pihak berwajib supaya dapat pantau perkara ini sebab dulu ada operasi tangkap lembu berkeliaran…kalau boleh teruskan operasi itu bagi menyedarkan pemilik ternakan,” katanya.
   

Kemaskini pada 2015-06-19 11:21:57 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page