Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Kecut perut diperiksa JPJ

Wartawan Sinar Harian II 06 Jun 2015
 
   

 

TANJONG KARANG – Memikirkan cukai jalan sudah luput tarikh, 40 pemilik motosikal di kawasan ini kecut perut apabila berdepan pemeriksaan jalan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Blok AGH Kampung Sawah Sempadan.

Pengerusi Skuad Muda 1JPJ Parlimen Tanjong Karang, Maruan Ahmad berkata, pemeriksaan itu bagaimanapun bukannya bertujuan untuk menghukum dengan saman tetapi lebih kepada nasihat kesedaran.

Menurutnya, kurang kesedaran memperbaharui cukai jalan kalangan penduduk mendorong pihaknya bersama JPJ menjalankan pemeriksaan percuma di kampung.

“Usaha bersama Skuad Muda 1JPJ Parlimen Tanjong Karang itu sebagai khidmat nasihat dan mengenal pasti motosikal penduduk yang sudah luput cukai jalan demi jaminan keselamatan.

 

                                                         Kecut perut diperiksa JPJ

“Ternyata, pemeriksaan yang dijalankan mendapati ramai penduduk berdepan masalah memperbaharui cukai jalan dan kebanyakan motosikal sudah uzur,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuala Selangor itu berkata demikian pada Program Warga Muda Prihatin Bersama JPJ di Surau Haji Juri Segemal Blok AGH Kampung Sawah Sempadan.

Tambah Maruan, pihaknya memahami kesukaran penduduk yang terpaksa pergi jauh dengan keadaan motosikal yang uzur bagi memperbaharui cukai jalan di Sabak Bernam ataupun Shah Alam.

“Sebab itu, JPJ Daerah Kuala Selangor yang prihatin dengan masalah itu memberi kemudahan kepada penduduk memperbaharui cukai jalan dengan mudah dan kelulusan segera.

“Malah kita dapat menggalakkan penduduk memperbaharui cukai jalan dan meningkatkan kesedaran pentingnya cukai jalan apabila berdepan kes kemalangan.

“Sekarang ini kes kemalangan bukan saja berlaku di jalan utama tapi juga jalan kampung. Sebab itu didikan berterusan JPJ ini amat penting untuk membantu penduduk,” katanya.

Bukan sahaja pemeriksaan motosikal katanya, aktiviti membersih dan mengecat rumah penduduk yang terlantar di kampung itu turut diadakan bagi memberi peluang anak muda berkhidmat untuk penduduk.

“Lebih 30 anak muda terlibat dalam program julung kali diadakan ini dan tiga penduduk terlantar dapat diziarahi dan rumah mereka diceriakan dengan kerja pembersihan.

“Ini adalah salah satu kesinambungan program Skuad Muda 1JPJ Parlimen Tanjong Karang selain edaran bubur bersama JPJ menjelang Ramadan tidak lama lagi.

“Tahun ini konsep baru diterapkan iaitu lebih kepada khidmat nasihat kepada pengguna jalan raya yang leka tidak memakai topi keledar dan tali pinggang keledar,” katanya.

   

Kemaskini pada 2015-06-19 11:20:21 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page