Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Sambutan luar biasa!

Wartawan Sinar Harian II 29 Mac 2015
 
   

 


TANJONG KARANG
– Sambutan orang ramai cukup luar biasa memeriahkan Karnival Kampungku Kesayanganku (3K) yang julung kali diadakan di Masjid At Tuqa Parit 1, Kampung Sungai Sireh untuk daerah Kuala Selangor pada tahun ini.

Penganjuran program kedua selepas daerah Sabak Bernam itu turut memberi peluang anak penduduk menerokai angkasa melalui penyediaan teleskop selain menyertai pelbagai pertandingan menarik.

Walaupun penat berkayuh basikal mengelilingi sawah namun Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berpeluang menemui rakyat dengan lebih rapat.

Pemimpin setempat termasuk penghulu mukim dan ketua kampung turut bersama berkayuh basikal sambil menyinggah beberapa rumah penduduk yang bertuah menerima bantuan Lembaga Zakat Selangor (LZS) sempena Ziarah Masyarakat.

 

                                                     Sambutan luar biasa!

Program sama turut memberi peluang warga pendidik sekolah rendah agama, ketua kampung dan nazir masjid berdialog selain orang kampung dapat menukar minyak hitam dan memotong rambut percuma.

Penentuan arah kiblat sebenar turut diadakan di rumah penduduk selain pemasangan papan tanda arah kiblat di Tanah Perkuburan Islam Sungai Sireh bagi memberi panduan kepada orang kampung.

Permainan tradisional turut tidak dilupakan apabila permainan layang-layang tradisional di tengah sawah dan memanah turut diadakan selain memancing, kenduri rakyat dan sembang santai bersama penulis buku Jutawan Senyap, Datuk Dr Rusly Abdullah yang lebih dikenali Datuk Chef Li.

Solat jemaah, tahnik, zikir dan forum perdana yang dikendalikan dua panel jemputan iaitu Ustaz Zamri Mantop dan Ustaz Ghazali Ibrahim menjadi majlis penutup program 3K.

   

Kemaskini pada 2015-04-03 14:00:58 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page