Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Jadi port pengemis

Wartawan Sinar Harian II 23 Mac 2015
 
   

 


IJOK
– Masih ramai pengemis dan peminta sedekah dikesan di beberapa pasar malam di daerah ini yang menjadikan kawasan itu sebagai lubuk rezeki.

Bukan sekadar bermodalkan wajah sedih, kanak-kanak kecil digunakan untuk menarik simpati orang yang sibuk membeli makanan di Pasar Malam Ijok dan Puncak Alam.

Meskipun menyedari wujudnya sindiket mempergunakan golongan kurang upaya (OKU) demi kepentingan individu tertentu namun orang ramai masih menghulurkan wang atas dasar simpati.

Tinjauan Sinar Harian di Pasar Malam Ijok mendapati, seorang wanita bersama kanak-kanak menjadikan pasar sebagai 'port' meminta sedekah.

 

                                                    Jadi port pengemis


Meskipun orang ramai lalu-lalang namun tidak menghalang wanita itu menghulurkan bekas cawan berwarna merah untuk meraih simpati di samping anak kecil yang bermain di sebelahnya.

Bila diaju soalan, wanita itu hanya berdiam dan menggeleng kepala tetapi bila diasak dengan soalan lanjut, wanita itu terus bangun dan beralih ke tempat lain.

Menurut seorang pengunjung, Salimah Johari, 43, dia sering terserempak dengan peminta sedekah yang membawa kanak-kanak dari petang sampai ke malam.

“Memang sedih tengok sebab ada kanak-kanak...suami pun suka hulurkan duit sebab kasihan. Saya bukan tak mahu bantu tapi sedih tengok wanita itu diperguna seperti itu.

“Kalau boleh, pihak berwajib dapat pantau dan selamatkan wanita serta kanak-kanak tidak berdosa ini supaya mereka tidak diperalat dan dipergunakan,” katanya.

Tinjauan sama turut dijalankan di Pasar Malam Puncak Alam dan masih ada peminta sedekah yang kurang upaya (OKU) berjalan dengan susah payah meminta ihsan orang ramai.

Seorang peniaga yang mahu dikenali sebagai Razak berkata, memang dulu pengemis dan peminta sedekah jarang dilihat di pasar malam namun sejak akhir-akhir ini jumlah mereka semakin ramai.

“Kasihan itu memang kasihan tapi ganggu kami nak berniaga.  Orang nak beli pun serba salah sebab selalu duduk tepi gerai tapi tak boleh nak buat apa sebab mereka seperti ada ejen.

“Mungkin lain orang lain pendapatnya tapi bagi saya, isu pengemis dan peminta sedekah ini perlu dibanteras demi menyelamatkan mereka juga  selain rata-ratanya wanita.

“Siap bawa anak kecil pula tapi kalau yang minta dana untuk sekolah agama, saya tak kisah sebab nampak usaha mereka ke arah itu tapi kalau yang guna kanak-kanak memang dibantah,” katanya.

   

Kemaskini pada 2015-04-03 13:54:07 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page