Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Nelayan tamak bawa padah

Wartawan Sinar Harian II 17 Februari 2015
 
   

 


KUALA SELANGOR
– Sikap tamak nelayan zon B dan C yang menceroboh perairan zon A akhirnya membawa padah apabila ditahan dalam Operasi Pemantauan dan Pengawasan Vesel Penangkapan Ikan Pantai Barat di perairan Selangor.

Tindakan licik menceroboh perairan zon A seluas satu hingga lapan batu nautika pada waktu malam berjaya dihidu penguatkuasa Jabatan Perikanan Selangor dalam operasi yang julung kali dilaksanakan di perairan negeri ini.

Seramai 35 awak-awak yang terdiri daripada tiga warga tempatan, tujuh warganegara Indonesia dan 25 lagi warganegara Myanmar ditahan bersama 10 bot pukat tunda.

 

                                                               Nelayan tamak bawa padah


Pengarah Perikanan Selangor, Azlisha Abd Aziz menjelaskan, operasi yang dilaksanakan bermula 12 Februari lalu sehingga semalam itu berjaya menahan 35 awak-awak dalam lingkungan umur 22 tahun hingga 60 tahun.

Menurutnya, operasi yang diketuai Mohd Fauzi Salehon berjaya menangkap 11 kes tangkapan pelbagai kesalahan di perairan Selangor bermula dari pelabuhan Klang sehingga Sabak Bernam.

“Jumlah hasil tangkapan yang dirampas adalah dua tan metrik dan hasil siasatan mendapati dua kesalahan menceroboh kawasan, 11 kesalahan menggunakan warga asing tanpa permit.

“Manakala tujuh kesalahan lagi menggunakan saiz mata keroncong pukat tunda kurang 38 milimeter,” katanya pada sidang media di Pusat Tahanan Vesel Jabatan Perikanan di Kuala Selangor, semalam.

Beliau menegaskan, nelayan perlu mematuhi undang-undang dan peraturan sedia ada termasuk akur dengan zon penangkapan yang ditetapkan dan penggunaan saiz minima mata keroncong pukat tunda dan warga asing tanpa permit.

“Hukuman lebih berat akan dikenakan kepada mereka yang masih berdegil iaitu denda RM3,000 sehingga RM5,000 bagi kesalahan pertama dan lesen digantung dalam tempoh tertentu.

“Hak terhadap penggunaan perkakas pukat tunda akan dilucutkan dan jika masih ulangi kesalahan sama, tindakan pendakwaan terus ke mahkamah akan dikenakan," katanya.

Menurutnya, nelayan juga dinasihatkan supaya dapat bersama menjaga sumber laut supaya mata pencarian mereka akan terus terjamin memandangkan penggunaan pukat tunda di zon yang tidak dibenarkan akan menjejaskan ekosistem perairan itu.

“Penggunaan sistem pengesan automatik di setiap bot nelayan diwajibkan bagi mengesan kedudukan mereka selain memudahkan pemantauan pihak berkuasa sekiranya mereka menceroboh ke zon yang tidak dibenarkan.

“Operasi sama akan diteruskan bagi memastikan nelayan mematuhi undang-undang,” katanya.

   

Kemaskini pada 2015-02-17 14:29:35 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page