Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Belia Selangor minta turunkan tarif elektrik

Wartawan Sinar Harian II 08 Februari 2015
 
   

 


KUALA SELANGOR
- Golongan belia di Selangor berharap kerajaan dapat menurunkan tarif elektrik selaras dengan penurunan harga minyak pada masa ini.
    
Presiden Majlis Belia Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim berkata pihaknya menerima banyak keluhan daripada generasi itu dan kelas pertengahan yang merasa kesan peningkatan kos sara hidup.

                                                             Irmohizam Ibrahim

"Sebagai mewakili 60 peratus generasi muda di Selangor, saya berharap TNB (Tenaga Nasional Berhad) menurunkan sekurang-kurangnya lima peratus tarif elektrik susulan penurunan harga minyak ketika ini," katanya kepada pemberita selepas majlis Penyerahan Baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Fasa 1 Parlimen Kuala Selangor di sini, hari ini. 
    
Beliau berkata jika tarif dapat dikurangkan, ini boleh meyakinkan golongan muda bahawa kerajaan Persekutuan prihatin terhadap kebajikan rakyat.   
 
Irmohizam yang juga Anggota Parlimen Kuala Selangor turut berharap peniaga mengambil inisiatif untuk menurunkan harga barang terutama bagi barangan keperluan dan sektor perkhidmatan.
    

 

Beliau juga meminta kerajaan Selangor supaya mempertimbangkan untuk menurunkan semua kadar cukai di negeri ini.

   

Kemaskini pada 2015-02-17 12:50:23 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page