Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Tak sangka anak ponteng sekolah

Wartawan Sinar Harian II 07 Februari 2015
 
   

 

TANJONG KARANG – Lengkap berpakaian sekolah namun arahnya ke tempat lain, tingkah lakunya bijak mengaburi mata ibu bapa sehingga mereka tidak menyangka anaknya ponteng sekolah lebih tiga hari.

Bukan sekali, tetapi banyak kes dilaporkan membabitkan pelajar ponteng dengan lengkap berpakaian sekolah dan menghabiskan masa bermain permainan online atau melayari laman sosial di kafe siber.

                                                Tak sangka anak ponteng sekolah

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Desa, Mohd Yusof Omar tidak menafikan menerima kes ponteng membabitkan pelajar yang licik menipu ibu bapa mereka.

“Ada satu kes yang mana satu keluarga cukup terkejut apabila dipanggil pihak sekolah berhubung ketidakhadiran anaknya sedangkan anaknya bersiap setiap pagi dan ke sekolah seperti biasa.

“Mereka tak sangka anak dia tidak datang sekolah empat hari sedangkan setiap pagi bangun seperti biasa dan bersiap dengan pakaian sekolah tanpa sebarang tingkah laku yang mencurigakan,” katanya.

Mohd Yusof menjelaskan, pihaknya menyokong sepenuhnya inisiatif pihak sekolah yang bersungguh-sungguh membendung masalah ponteng sekolah memandangkan kebanyakan hubungan ibu bapa dan guru sering offline.

“Kebanyakan ibu bapa dan guru hanya berhubung ketika menghadiri program sekolah dan mesyuarat saja..jadi sering terputus hubungan untuk mengetahui perkembangan anak mereka di sekolah.

“Meskipun inisiatif sekolah masih dalam peringkat perancangan namun kita akan berusaha melaksanakannya demi menyelamatkan masa depan anak penduduk,” katanya pada Mesyuarat Agung PIBG SMK Seri Desa yang dirasmikan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

Sementara itu, Pengetua SMK Seri Desa, Rohaidah Maslan berkata, gejala ponteng sering menjadi masalah kepada mana-mana sekolah lebih-lebih lagi musim awal persekolahan yang memerlukan kehadiran pelajar sepenuhnya.

Bagaimanapun pihaknya membuat satu solusi dengan memulakan program ‘Ziarah Guru’ bagi membolehkan setiap guru kelas mengunjungi rumah pelajar yang mempunyai masalah kehadiran.

“Meskipun sekolah ini tidak mempunyai masalah ponteng kelas yang serius, tetapi kadar kehadiran yang paling tinggi hanyalah pada hari pertama persekolahan iaitu 97 peratus…sebab itu inisiatif lawat rumah pelajar boleh bantu kenal pasti masalah dan memastikan kehadiran pelajar 100 peratus.

“Kita menjangkakan sekiranya aktiviti ini dapat dilaksanakan, kita mampu memberi motivasi kepada pelajar dan ibu bapa selain menyelami masalah mereka di rumah sekiranya ada,” katanya.

   

Kemaskini pada 2015-02-17 12:47:49 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page