Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Identiti dua mayat masih misteri

Wartawan Sinar Harian II 05 Februari 2015
 
   

 

KUALA SELANGOR – Penemuan dua mayat rentung di kebun kelapa sawit di Ladang Tennamaran, Bestari Jaya masih menjadi tanda tanya berikutan identiti mangsa masih gagal dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Muhd Taib Ahmad menjelaskan, keadaan mayat yang terbakar teruk sehingga meninggalkan tengkorak dan tulang kecil  itu menyukarkan siasatan pihak polis.

                                                     Identiti dua mayat masih misteri

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati, keadaan mayat yang ditemui rentung bersama kesan tayar berkemungkinan bertujuan untuk memusnahkan bukti di tempat kejadian.

“Hanya sampel Deoxyribonucleic Acid (DNA) di bahagian tulang dan sampel gigi dari tulang tengkorak sahaja menjelaskan mayat adalah manusia dewasa bagaimanapun jantina tidak dapat dikenalpasti.

“Selain rangka dan tengkorak, pihak polis juga menemui seutas rantai logam berkemungkinan rantai besi pada salah satu rangka mayat yang ditemui dan setakat hari ini, ada satu waris keluarga yang tampil membuat ujian darah untuk membantu pihak polis.

“Bedah siasat sudahpun dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang bagaimanapun tidak banyak membantu siasatan kes,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor, semalam.

Muhd Taib berkata, kerjasama orang ramai amat penting bagi membantu mengesan dan mengenalpasti identiti dua mayat rentung yang ditemui bersama longgokan dipercayai enam tayar pada 29 Januari lalu.

“Kes masih disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan maklumat orang ramai sekiranya kehilangan ahli keluarga masing-masing diminta tampil untuk menjalani ujian daerah bagi mengesahkan waris.

“Sekiranya mangsa tidak dapat dikenalpasti, pihak polis sukar menjalankan siasatan bagi mencari motif pembunuhan.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Asisten Superintendan Ramly Abu Bakar di talian 012-5112034 untuk tindakan lanjut,” katanya.

   

Kemaskini pada 2015-02-17 12:45:59 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page