Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Rumah jadi bengkel baiki treler

Wartawan Sinar Harian II 19 Disember  2014
 
   

 

IJOK – Penduduk sekitar Taman Kota Puteri melahirkan rasa kurang selesa berikutan terpaksa berdepan masalah bunyi bising dan ancaman bahaya apabila sebuah rumah teres setingkat di kawasan itu dijadikan bengkel membaiki treler.  

Lebih mengecewakan lagi, aduan yang pernah dipanjangkan kepada pihak berkuasa sebelum ini seolah-olah dipandang sepi apabila masalah berlarutan lebih tiga tahun itu masih gagal diselesaikan sehingga ke hari ini.

                                             Penduduk Taman Kota Puteri berasa terganggu dengan treler yang diletakkan di tepi rumah.

Bukan sahaja diancam gengster yang dikatakan diupah penyewa terbabit untuk mengawal kawasan berkenaan, malah penduduk juga dikecam dengan kata-kata kurang enak apabila teguran dibuat kepada penyewa terbabit.

Penduduk yang mahu dikenali sebagai Muhamad, 60, berkata, masalah rumah dijadikan bengkel treler sudah berlarutan cukup lama, namun pihak berkuasa masih gagal menyelesaikan masalah itu.

"Pihak berkuasa masih tak ambil sebarang tindakan. Nak masuk kawasan rumah pun terpaksa berhati-hati sebab treler yang diletakkan di tepi jalan itu mengganggu laluan penduduk.

"Sampai bila penduduk terpaksa berdepan masalah bising sampai ke malam? Nak tidur pun susah. Bila tegur, kita pula yang kena balik sedangkan mereka itu penyewa sahaja," katanya.

Seorang lagi penduduk, Ismail, 60, berkata, keselamatan anak penduduk turut terjejas memandangkan treler yang dibawa masuk cukup besar sehingga mendatangkan bahaya sekiranya mereka berbasikal di kawasan itu.

Menurutnya, sememangnya tidak wajar bengkel diwujudkan di dalam kawasan perumahan.

"Jangan kerana nak kaut untung, keselamatan penduduk dipandang remeh. Penduduk tak mahu bila ada perkara tak diingini berlaku, baru tindakan diambil.

"Bila mengadu kepada pihak berkuasa, tak ada apa-apa tindakan diambil. Kami tak sanggup lagi berdepan masalah ini," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Manakala Ismail, 54, berkata, penduduk merayu kepada pihak berkuasa agar masalah ini diambil tindakan segera.

"Cukuplah dengan masalah pecah rumah, gengster dan kecurian berlaku di kawasan ini.

"Kawasan taman pun kotor dengan kesan minyak, habuk dan bekas peralatan membaiki yang bersepah. Nak tidur malam pun tak lena sebab bunyi bising mesin kimpalan treler itu," katanya.

Sementara itu, Pengarah Korporat Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Mohamad Zin Masoad berkata, aduan berhubung rumah dijadikan bengkel itu sudah diambil tindakan kompaun pada 3 Disember lalu.

“Tindakan itu diambil di bawah Seksyen 7 (1) Undang-Undang Kecil Taman MPS 2005 dan sekiranya kegiatan sama masih berulang, MPS berhak menyita serta membuat proses pendakwaan di mahkamah,” katanya.

   

Kemaskini pada 2014-12-26 10:59:22 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page