Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : 'Jangan ceroboh perairan asing'

Wartawan Sinar Harian II 20 Disember  2014
 
   

 

KUALA SELANGOR – Golongan nelayan di perairan ini dinasihatkan tidak melanggar undang-undang sedia ada dengan menceroboh perairan asing semata-mata mahu mencari rezeki berlipat ganda.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Irmohizam Ibrahim menegaskan, golongan nelayan perlu akur kawasan zon yang ditetapkan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Menurutnya, Jabatan Perikanan sudah mengadakan sistem pengezonan semula yang baharu bagi perairan Pantai Barat Semenanjung melibatkan Pulau Pinang, Perak, Kedah dan negeri ini.



                                                    Irmohizam (kiri) meneliti kerja pembinaan bangsal nelayan di Jeti Kampung Sungai Sembilang.

“Sistem pengezonan semula kawasan penangkapan ikan yang berkuat kuasa pada 1 Jun lalu itu perlu dipatuhi supaya nelayan tradisional mempunyai kawasan perlindungan yang lebih luas sehingga lapan batu nautika dari pantai.

“Bahkan, kerajaan melalui kementerian berkaitan bersetuju untuk memasang sistem pengesan bot bukan saja untuk membantu meningkatkan hasil tetapi memastikan kedudukan bot mereka dapat dipantau,” katanya.

Irmohizam yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, pihaknya tidak mahu insiden menceroboh perairan asing membabitkan bot nelayan tempatan sehingga mengundang masalah kedua negara.

“Nelayan negara ini terutamanya Kuala Selangor kena ambil iktibar insiden bot kena bom di perairan Indonesia membabitkan nelayan Vietnam dan jangan sampai nak langgar undang-undang semata-mata nak raih hasil lumayan.

“Sebab itu saya sering nasihatkan kepada nelayan supaya sentiasa berhati-hati dan jangan sampai tertangkap gara-gara terlepas ke perairan tidak sepatutnya,” katanya ketika meninjau projek pembinaan bangsal nelayan di Kampung Sungai Sembilang.

Mengulas mengenai lawatan itu, Irmohizam berkata, Jeti Kampung Sungai Sembilang akan berubah wajah selepas wujudnya pasar nelayan di kawasan itu yang cukup terkenal dengan makanan asam pedas.

“Permohonan nelayan yang mahu kemudahan bangsal dibina di kawasan jeti juga diluluskan dan kini masih dalam proses pembinaan. Inilah bukti keprihatinan kerajaan persekutuan terhadap keperluan nelayan.

“Lebih menarik, kawasan ini akan menjadi tumpuan semua selepas siapnya pasar nelayan yang menawarkan harga cukup berpatutan dengan hasil ikan segar selaras hasrat memerangi orang tengah,” katanya.

   

Kemaskini pada 2014-12-26 11:01:09 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page