Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Mohon sedia Klinik 1Malaysia

Wartawan Sinar Harian II 17 Oktober  2014
 
   

 

KAMPUNG FELDA BUKIT CHERAKAH – Lebih 2,000 penduduk terutamanya warga emas terpaksa keluar kampung untuk mendapatkan rawatan berikutan kemudahan klinik kerajaan masih belum dapat diwujudkan di kampung itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP), Mohd Alwi Daud, 63, menjelaskan, sehingga kini penduduk terpaksa mendapatkan rawatan ataupun ubat dari klinik berhampiran di Puncak Alam dan Meru.

Menurutnya, kemudahan klinik kesihatan masih belum dapat diwujudkan sejak kampung ditukar taraf dari felda ke status kampung tradisi menyebabkan penduduk terpaksa bergerak jauh untuk mendapatkan rawatan.

                                                          Kampung Felda Bukit Cherakah masih belum memiliki kemudahan klinik kesihatan mahupun klinik desa.

“Lagi-lagi warga emas yang susah nak berjalan...terpaksa dapatkan rawatan di luar kampung. Sebelum ini ada bangunan sendiri yang dibina dijadikan klinik sementara tapi selepas dimajukan, kemudahan itu dihentikan.

“Isu kemudahan klinik ini pun pernah saya bangkitkan banyak kali dalam pertemuan dengan pemimpin setempat namun sehingga kini masih belum ada perkembangan positif,” katanya.

Mohd Alwi menjelaskan, penduduk kampung sangat berharap kerajaan prihatin dengan keperluan rakyat di kawasan ini dan kalau boleh, kemudahan Klinik 1Malaysia atau klinik desa dapat diwujudkan demi membela kebajikan warga emas.

“Penduduk bersyukur apabila kampung dipilih menjadi lokasi Pusat Internet 1Malaysia sekali gus memberi peluang menikmati kemudahan internet percuma.

“Namun penduduk masih berharap kemudahan kesihatan dapat diberikan demi memberi keselesaan kepada penduduk,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

   

Kemaskini pada 2014-10-27 08:04:09 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page