Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Dua kes kemalangan maut disiasat

Wartawan Sinar Harian II 16 Oktober  2014
 
   

 

KAMPUNG BUKIT KUCHING – Hasrat seorang lelaki yang mahu ke masjid untuk menunaikan solat Zuhur tidak kesampaian apabila maut selepas berlanggar dengan sebuah motosikal di KM5.5 Jalan Sasaran-Bukit Kuching pada 11 Oktober lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengahari itu, mangsa, Ismail Pardi, 65, yang menunggang motosikal seorang diri dilanggar sebuah motosikal ketika mahu membelok masuk ke pintu utama Masjid Kampung Bukit Kuching.

Sebelum kejadian, mangsa dipercayai gagal mengelak ketika membelok selepas laluannya cuba dipotong seorang penunggang motosikal dari arah belakang.

                                                          Lokasi kemalangan di hadapan Masjid Kampung Bukit Kuching.

Akibat pelanggaran itu, mangsa terjatuh bersama penunggang motosikal yang juga seorang remaja berusia 19 tahun dan pembonceng yang juga adiknya di laluan bertentangan.

Mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala dan koma sebelum dikejarkan ke Hospital Tanjong Karang namun dibawa ke Hospital Sungai Buloh.

Bagaimanapun 24 jam selepas kejadian, mangsa dilaporkan meninggal dunia akibat pendarahan teruk di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Muhd Taib Ahmad berkata, kes masih disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan sehingga kini masih mencari saksi bebas untuk membantu siasatan.

“Pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang menyaksikan kejadian terbabit supaya dapat tampil ke balai polis berhampiran atau terus menemui Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor, Inspektor Mohammad Hanis Ismail,” katanya.

Selain itu, pihak polis masih mencari saksi bebas bagi kes kemalangan membabitkan seorang remaja maut dilanggar seorang mat rempit yang sedang berlumba di Jalan Masjid, Kampung Bukit Hijau pada 18 Julai lalu.

Ketika kejadian kira-kira jam 11 malam itu, motosikal dinaiki mangsa, Muhammad Amirul Zakwan Berhanuddin, 16, dipercayai bergesel dengan motosikal yang ditunggang laju menyebabkan mangsa hilang kawalan sebelum terseret sejauh 10 meter.

Sehingga kini, pihak polis masih gagal mengesan individu yang dipercayai menunggang motosikal Yamaha RXZ berwarna biru terbabit berikutan tiada saksi bebas tampil membantu dan maklumat yang diperoleh masih belum mencukupi.

   

Kemaskini pada 2014-10-27 08:02:37 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page