Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Rumah hangus terpaksa menumpang

Wartawan Sinar Harian II 12 Oktober  2014
 
   

 

KAMPUNG JAWA - Aidiladha kali ini meninggalkan kenangan pahit buat Ali Aziz sekeluarga dan jirannya apabila dua rumah yang terletak secara berkembar di Jalan Haji Jumaat musnah pada 5 Oktober lalu.

Ekoran kejadian sekitar jam 1.50 petang itu, dua keluarga berkenaan tinggal sehelai sepinggang selepas semua barangan berharga musnah termasuk pakaian dan peralatan sekolah anak masing-masing.

Salah seorang mangsa, Ali Aziz Mat Saad, 37, berkata, ketika kejadian dia berada di Masjid Bandar Sultan Sulaiman mengikuti majlis korban.

                                                          Yang Dipertua PKMK, Datuk Abdul Rahim Ibrahim (kanan) bersama ahli keluarga Ali Aziz melihat keadaan kediaman yang hangus terbakar

“Isteri, Suriati Ab. Latif, 36, dan anak-anak pula pulang ke kampung di Jelebu, Negeri Sembilan bagi menyambut raya di sana.

“Saya diberitahu kejadian itu oleh kakak saya yang tinggal berdekatan rumah, saya pun cepat-cepat balik,” katanya kepada Sinar Harian ketika kunjungan PKMK ke kediaman mangsa, semalam.

Menurutnya, sebaik tiba di rumah, kediamannya dan jiran yang dibina dari papan sudah terbakar hampir 80 peratus.

“Tiada satu pun barang kami sekeluarga yang dapat diselamatkan.

“Saya hanya mampu tengok rumah yang disewa sejak 15 tahun lalu itu hangus dalam sekelip mata,” katanya sebak.

Berikutan  kebakaran  itu, mangsa berkata, peralatan dan pakaian tiga anaknya yang berusia 10, 8 dan 5 tahun turut terbakar.

“Keseluruhan kerugian yang kami alami  berjumlah RM15,000.

“Kini saya dan keluarga terpaksa menumpang sementara waktu di rumah kakak sebelum mendapat rumah sewa lain,” katanya.

Ali Aziz yang bekerja kontrak dengan sebuah syarikat swasta berkata, dia dan keluarga kini memerlukan bantuan pakaian dan peralatan sekolah bagi memudahkan tiga anaknya bersekolah semula.

“Terima kasih kepada semua pihak termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan pihak yang membantu meringankan beban kami sekeluarga,” katanya.

Menurutnya, jirannya sekeluarga pula kini mendiami Dewan Kampung Telok Menegun untuk sementara waktu.

Sesiapa yang ingin membantu Ali Aziz sekeluarga boleh menghubungi beliau di talian 016-2733909.

   

Kemaskini pada 2014-10-27 08:00:48 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page