Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Hab terbaharu untuk kaki basikal

Wartawan Sinar Harian II 21 September  2014
 
   

 

BUKIT MELAWATI - Sudah menjadi hasrat peminat sukan berbasikal tempatan yang mahu Kuala Selangor menjadi hab sukan berbasikal sekali gus mempromosikan lokasi pelancongan yang ada di daerah ini.

Pegawai Perhubungan Kuala Selangor Cycling Club (KSCC), Zuraini Jalil, 47, berkata, Kuala Selangor kini popular kerana sering menjadi lokasi penganjuran aktiviti berbasikal sama ada untuk tujuan amal mahupun suka-suka.

                                                          Sebahagian peserta merakam kenangan di atas puncak Bukit Melawati sempena aktiviti berbasikal di daerah ini.

“Mungkin keadaan geografi dan jalan berbukit menjadi pilihan ahli kelab berbasikal sehinggakan kebanyakan program berbasikal yang dianjurkan mendapat sambutan cukup menggalakkan.

“Mereka bukan saja dapat melihat kesan peninggalan sejarah di Bukit Melawati dengan lebih dekat bahkan teruja untuk mengayuh basikal di kawasan yang mencabar terutamanya di jalan sawah dan berbukit.

“Sudah menjadi harapan 'kaki basikal' tempatan untuk menyertai lebih banyak program di daerah ini demi pembangunan sukan berbasikal kerana Kuala Selangor boleh dikatakan sudah menjadi hab sukan basikal pada hujung minggu,” katanya.

Zuraini menjelaskan, sokongan padu 'kaki basikal' terhadap program kayuhan boleh dibuktikan dengan penyertaan luar biasa mereka dalam mana-mana program yang melibatkan pelbagai jenis peringkat umur dan pangkat.

“Contohnya program dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Kuala Selangor di Bukit Melawati ini berjaya menarik minat lebih 100 peserta dari seluruh negeri yang sanggup berbasikal dalam hujan untuk menjayakan misi,” katanya.

Kayuhan sejauh 39 kilometer itu turut dilepaskan Adun Bukit Melawati, Jakiran Jacomah dan rata-rata peserta berpuas hati dapat mengelilingi Dun Bukit Melawati yang penuh dengan lokasi pelancongan.

   

Kemaskini pada 2014-09-24 09:56:49 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page