Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Golongan petani kena bantu kerajaan

Wartawan Sinar Harian II 17 September 2014
 
   

 

KUALA SELANGOR - “Golongan petani kena bantu kerajaan untuk tingkatkan pendapatan mereka mencapai RM45,000 setahun menjelang 2020 nanti,” demikian kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Menurutnya, usaha kerajaan untuk membantu meningkatkan pendapatan golongan itu masih jauh berikutan pendapatan yang direkodkan setakat ini hanya mencapai RM1,000 sehingga RM2,000 sahaja.

                                                           Tajuddin (tiga, kiri) diapit Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim (kanan) selepas hadir merasmikan program di Kuala Selangor.

“Sebab itu, petani kena bantu menjayakan usaha kerajaan supaya pendapatan perkapita mereka boleh mencapai RM45,000, ini bermakna pendapatan bulanan petani hampir mencecah RM4,000.

“Kementerian juga mahu bangunkan satu masyarakat petani yang progresif yang boleh ambil bahagian dalam arus pembangunan ekonomi negara. Mereka ini kena jadi petani moden yang bukan saja harapkan bantuan kerajaan tapi terbuka untuk dilatih dengan pengetahuan baru.

“Saya mahu mereka bersedia untuk dilatih dengan pengetahuan dan teknologi baharu supaya boleh berjaya, iaitu berjaya meningkatkan produktiviti,” katanya.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata, pihaknya turut menggesa supaya golongan ini mengubah sikap dan mengamalkan amalan pertanian baik dalam usaha membantu meningkatkan bekalan makanan negara.

“Kita kena wujudkan agenda khas bukan saja untuk golongan petani tapi nelayan dan juga penternak supaya mereka dapat meningkatkan hasil dan produktiviti yang konsisten dan berdaya saing.

“Kalau nelayan, kita tak mahu mereka hanya kerja menangkap ikan tapi mahu mereka usahakan ikan itu dari tangkapan, jualan dan pemasaran.

Lagi bagus mereka usahakan industri hiliran untuk menambah nilai hasil tangkapan.

“Mereka boleh usahakan makanan sejuk beku berasaskan ikan sebab dengan cara usahawanlah, pendapatan mereka dapat berlipat kali ganda.

“Dengan cara ini, mereka bukan sahaja dapat meningkatkan hasil pendapatan bahkan membantu negara meningkatkan stok bekalan ikan sejuk beku,” katanya selepas hadir merasmikan program di Kuala Selangor.

   

Kemaskini pada 2014-09-24 09:55:17 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page