Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Terkejut tindakan ala gengster

Wartawan Sinar Harian II 16 September 2014
 
   

 

BESTARI JAYA - Bukan sahaja trauma bas yang dipandu terlibat dalam kemalangan, seorang lelaki berdepan detik cemas apabila sekumpulan lelaki dengan gaya gengster memecah cermin tingkap bas secara tiba-tiba.

Sebelum kejadian, bas yang dipandu cuba dipotong seorang penunggang motosikal bersama seorang pembonceng yang datang dari arah Bestari Jaya menghala ke Kuala Selangor di garisan berkembar bagaimanapun gagal.

                                                         Bas yang mengalami kerosakan teruk akibat dipecahkan individu tak bertanggungjawab.

Akibatnya, motosikal dikatakan bergesel di bahagian kiri belakang bas sebelum penunggang terbabas dan tercampak bersama pembonceng di atas jalan di Kilometer 18.6 Jalan Kuala Selangor-Rawang, di sini.

Motosikal Yamaha LC terseret sejauh lima meter manakala pembonceng, S Vasanthakumar, 20, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sumber polis berkata, mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala berikutan disahkan tidak memakai topi keledar dan dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk dibedah siasat.

Bagaimanapun menurutnya, pihaknya kesal tindakan tidak bertanggungjawab segelintir individu yang mengambil tindakan sendiri menggunakan kekerasan sehingga sanggup memecah cermin bas ketika kejadian.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Muhd Taib Ahmad menjelaskan, pihaknya mengesahkan menerima laporan tersebut pada jam 1.30 petang, 13 September lalu.

“Kes masih disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan sehingga kini penunggang motosikal masih belum tampil ke mana-mana balai polis untuk membuat laporan.

“Polis memohon kerjasama orang ramai yang menyaksikan kejadian terbabit supaya dapat tampil ke balai polis berhampiran atau terus menemui Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor, Inspektor Mohammad Hanis Ismail untuk membantu siasatan,” katanya.

   

Kemaskini pada 2014-09-24 09:53:31 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page