Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Air bertakung depan sekolah

Wartawan Sinar Harian II 11 September 2014
 
   

 

KUALA SELANGOR - Kawasan tempat letak kereta yang sering bertakung selepas hujan menimbulkan rungutan kepada ibu bapa yang terpaksa mengharungi ‘kolam buatan’ itu setiap kali mahu mengambil atau menghantar anak ke sekolah.

Lebih mengecewakan, kedudukan bas sekolah yang berselerak mengundang bahaya kepada pelajar yang keluar masuk sehingga menyebabkan ruang parkir di hadapan pintu masuk agak serabut.

                                                            Air yang bertakung di hadapan sekolah menimbulkan rungutan dalam kalangan ibu bapa.

Seorang bapa, Sarifudin Md Yusof berkata, bukan sekali tetapi banyak kali pihaknya terpaksa menghantar anak ke sekolah itu dengan keadaan air bertakung di hadapan kawasan menunggu bas sekolah.

Menurutnya, mungkin disebabkan kawasan tidak sekata menyebabkan air bertakung dan tidak dapat mengalir sempurna ke longkang berhampiran.


“Saya pun hairan kenapa kawasan ini sering bertakung air setiap kali hujan...habis basah kasut anak yang nak ke sekolah sebab kawasan parkir dipenuhi air. Saya pun minta pihak sekolah ambil berat perkara ini.

“Sebab kawasan air bertakung ini boleh menjadi habitat aedes...sekarang ini kes wabak denggi makin menjadi-jadi, janganlah sampai air yang bertakung depan sekolah itu dipandang ringan.


“Semua pihak kena utamakan keselamatan anak penduduk yang bersekolah di sini dan perlu mengambil tindakan lanjut mengatasi masalah air bertakung itu,” katanya semalam.


Seorang lagi bapa, Mohd Hisham Mohd Adnan berkata, pihak berkenaan perlu mengambil perhatian terhadap kedudukan parkir bas yang didakwa bersepah sedangkan lebih baik jika bas yang ada disusun mengikut petak parkir.

“Bila bas bersepah menjadikan ruang hadapan sekolah itu serabut...dengan jumlah kereta dan motosikal yang keluar masuk. Keadaan jadi lebih teruk dengan air bertakung selepas hujan.

“Memang saya akui kalau masa kering, kawasan ini agak lapang dan dipenuhi kereta dan motosikal ibu bapa...tapi bagi saya bas sekolah yang ada perlu diletakkan di kawasan parkir khas bagi mengelakkan kejadian tak diingini berlaku,” katanya.


Sementara itu, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Bahagian Pengurusan Sekolah Kuala Selangor, Mt Safien Kassim menjelaskan, pihaknya sedia maklum dengan aduan berhubung kawasan letak kereta di luar sekolah itu bertakung setiap kali hujan.

Bagaimanapun menurutnya, pihaknya sudahpun meminta pihak pembangunan sekolah membuat permohonan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) memandangkan ia di luar bidang  kuasa pihak sekolah.

 

“Kuasa pihak pengurusan sekolah hanya di dalam kawasan sekolah dan sekiranya ada kerosakan berkaitan bangunan, kawasan parkir mahupun longkang di dalam kawasan sekolah, pihak PPD akan membantu menyelesaikan masalah terbabit.


“Bagaimanapun isu parkir bertakung itu akan dipanjangkan kepada PBT untuk tindakan lanjut,” katanya ketika diminta mengulas aduan ibu bapa yang terpaksa mengharung air bertakung untuk mengambil anak mereka.

   

Kemaskini pada 2014-09-24 09:51:51 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page