- Kelab Sukan & Kebajikan
- Majlis Bersama Jabatan (MBJ)
- PUSPANITA
- MS ISO 9001 : 2015
- AKRAB
- Mentor & Menti

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN BAGI PEKERJA PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA SELANGOR
NAMA 1. Majlis adalah dikenali sebagai Majlis Bersama Jabatan bagi Pekerja-Pekerja di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor. TUJUAN 2. Tujuan Penubuhan Majlis adalah untuk mewujudkan hubungan kerjasama melalui perbincangan di antara pihak pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor.
** Majlis Bersama Jabatan bagi Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor adalah terdiri daripada 27 orang ahli yang mengandungi :-
5) Ahli-ahli Pihak Pegawai terdiri daripada Pegawai-Pegawai Pejabat Daerah/ Tanah Kuala Selangor yang dilantik atas nama jawatan masing-masing oleh Pegawai Daerah Kuala Selangor.
7) Kekosongan yang berlaku di dalam keanggotaan Pihak Pekerja hendaklah dipenuhi oleh calon-calon daripada Kesatuan yang diwakilinya atau pekerja-pekerja yang mewakili kumpulannya.
10)Mesyuarat Majlis boleh diadakan bila-bila masa dengan dipanggil oleh Pengerusi sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. 11) Agenda bagi mesyuarat-mesyuarat majlis hendaklah disediakan oleh Setiausaha Bersama dan dihantar oleh Setiausaha tersebut kepada pihak masing-masing tidak kurang daripada 14 hari sebelum tarikh mesyuarat. 12) Perkara-perkara yang tidak termasuk dalam agenda hanya boleh dimasukkan dengan kebenaran Pengerusi dan persetujuan Naib Pengerusi. 13) Mesyuarat Khas Majlis boleh diadakan dengan permintaan oleh mana-mana pihak tertakluk kepada persetujuan Pengerusi dan tarikh mesyuarat tersebut diumumkan oleh Setiausaha Pihak Pegawai. 14)Koram bagi mesyuarat Majlis hendaklah tidak kurang daripada 4 orang ahli Pihak Pekerja.
|

.png)
LATAR BELAKANG PUSPANITA
PUSPANITA kebangsaan telah ditubuhkan dan dengan rasminya dilancarkan pada 1 Mac 1983 oleh Y. Bhg. Puan Sri Datin Zawiah binti Haji Yacob, isteri bekas Ketua Setiausaha Negara. Beliau adalah Yang Dipertua PUSPANITA pertama. Penubuhan PUSPANITA adalah cetusan idea Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohd. Ali, isteri bekas Perdana Menteri Malaysia (Tun Dr. Mahathir Mohamad) pada tahun 1982.
PUSPANITA adalah singkatan kepada Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia. Ibu pejabat PUSPANITA Kebangsaan terletak Rumah PUSPANITA Jalan Hose, Kuala Lumpur. Selain itu, terdapat cawangan PUSPANITA Kebangsaan di Putrajaya iaitu PUSPANITAPURI.
PUSPANITA juga ditubuhkan bagi menggalakkan perkembangan pengetahuan, kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli Persatuan menerusi Program Jangka Panjang di dalam pelbagai bidang, seperti Kepenggunaan, Pembangunan Keluarga, ICT, Keusahawanan, Sukan dan Kesihatan, Keterampilan Diri, Hiasan dan Lanskap, melalui ceramah-ceramah bengkel, seminar dan kursus.
PUSPANITA juga menguruskan Tabung Latihan PUSPANITA untuk memberi peluang kemasukkan ke beberapa pusat pengajian seperti Politeknik, Kolej dan universiti bagi menampung sebahagian dari kos pembelajaran pelajar-pelajar yang tidak dapat melanjutkan pelajaran.
Selain dari itu, PUSPANITA juga mengadakan Tabung PUSPADARA untuk memberi pendedahan tentang penyakit kanser, satu-satunya penyakit yang mengancam nyawa kaum wanita di negara ini.
Isteri Y.A.B Perdana Menteri adalah Penaung, Y.Bhg. Ketua Setiausaha Negara adalah Penasihat dan isteri Y.Bhg. Ketua Setiausaha Negara adalah Yang DiPertua kepada Persatuan ini. |
AHLI JAWATANKUASA
|

AHLI JAWATANKUASA INDUK MS ISO 9001 : 2015
![]() | ![]() | ![]() |
SENARAI NAMA AHLI AKRAB PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA SELANGOR 2025
Bil | Nama | Jawatan/ Gred |
1 | Encik Mohd Ikram Bin Rahimi | Ketua Penolong Pegawai Dearah ( BKP) M |
2 | Puan Juliza Binti Mohamad Jamil | Penolong Pegawai Daerah(Pembangunan Masyarakat) M |
3 | Puan Norafisah Binti Rapie | Penolong Pegawai Daerah(Pendaftaran) M |
4 | Encik Hanis bin Zahari | Penghulu Gred NP 32 |
5 | Puan Yusiha binti Ishak @ Yusoff | Penolong Pegawai Sistem MaklumatGred FA5 |
6 | Puan Aslina binti Abu Hassan | Penolong Pegawai Tadbir Gred N5 |
7 | Encik Elwan bin Abu Bakar | Penolong Pegawai Tanah NT5 |
8 | Puan Julianani Binti Mohd Panut | Ketua Pembantu Tadbir |
Bil | Mentor | Menti |
1 | Puan Asma Fatihah Binti Abdul Harim Penolong Pegawai Daerah M10 Unit Hasil | Puan Suliana Binti Alias Penolong Akauntan W5 Unit Hasil |
2 | Puan Noraida Binti Ariffin Penolong Akauntan W5 Unit Hasil | Puan Jasyila Binti Jamaluddin Penolong Akauntan W5 (KUP) Unit Hasil |
3 | Puan Rosdayati Binti Apandi Pembantu Tadbir (Kew) W2 (TBK) Unit Hasil | Puan Noraini Binti Arham Pembantu Tadbir (Kew) W2 (TBK) Unit Hasil |
4 | Encik Zaman Huri Bin Zulkepli Penolong Akauntan W5 Bahagian Khidmat Pengurusan | Puan Asbalina Binti Babit Penolong Akauntan W5 (KUP) Bahagian Khidmat Pengurusan |
5 | Puan Siti Sarah Binti Kassim Pembantu Tadbir (P/O) N2 (TBK) Bahagian Khidmat Pengurusan | Puan Alifah Ilyana Binti Azlan Pembantu Tadbir (P/O) N1 (Kontrak) Bahagian Khidmat Pengurusan |
6 | Puan Mardiana Binti Aripin Pembantu Tadbir (P/O) N2 (TBK) Unit Pendaftaran | Puan Rozaleha Suhada Binti Samat Pembantu Tadbir (P/O) N2 (TBK) Unit Pendaftaran |
7 | Puan Aznita Binti Mujer Pembantu Tadbir (P/O) N2 Unit Pendaftaran | Puan Fadhilah Binti Aziazan Pembantu Tadbir (P/O) N2 (TBK) Unit Pendaftaran |
8 | Puan Noor Saadiah Binti Badar Pembantu Tadbir (P/O) N1 Unit Pembangunan Tanah | Cik Rosnadia Binti Jaafar Pembantu Tadbir (P/O) N1 Unit Pembangunan Tanah |
9 | Puan Siti Nor Jumaatun Binti Othman Pembantu Tadbir (P/O) N2 (TBK) Bahagian Pembangunan | Puan Rastanurrah Noor Binti Abd. Rasif Pembantu Tadbir (P/O) N2 (TBK) Bahagian Pembangunan |













