Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Amaran kompaun jika ingkar

Wartawan Sinar Harian II 26 Ogos 2014
 
   

 

KUALA SELANGOR - Tidak mahu imej Pasar Basah Sungai Buloh kembali kotor dan tidak memuaskan, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) akan mengenakan tindakan kompaun serta merta kepada peniaga yang masih ingkar.

Pegawai Kesihatan MDKS, Jefriee Abdul Manaf berkata, MDKS turut mengingatkan peniaga supaya tidak melanggar peraturan seperti membiarkan sampah bertaburan di hadapan gerai mereka.

Menurutnya, kerjasama peniaga amat penting bagi mengelakkan tindakan kompaun serta merta dan bersama menjaga kebersihan gerai masing-masing selepas operasi pembersihan dan naik taraf dijalankan sebelum ini.

                                                 Kerja pembersihan giat dijalankan di Pasar Basah Sungai Buloh.

“Peniaga perlu sentiasa menjaga kebersihan pasar dan jangan mementingkan keuntungan semata-mata tanpa mengendahkan keperluan pelanggan yang datang membeli belah di kawasan itu.

“Jika sebelum ini keadaan Pasar Basah Sungai Buloh serong menjadi rungutan pengunjung dan peniaga, tetapi kini sudah berwajah baru dengan kerja naik taraf dan baik pulih MDKS terhadap kemudahan yang rosak.

“Bahkan imej Pasar Basah Sungai Buloh berwajah baru dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat cawangan Kuala Selangor yang turut  mengadakan operasi pembersihan besar-besaran,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Jefriee berkata, operasi yang dijalankan dalam tempoh dua hari meliputi pembersihan lantai, pembuangan barang terpakai dan pembersihan tandas manakala hari kedua menekankan aspek penambahbaikan.

“Pembersihan sistem perparitan di pasar ini juga turut dijalankan menggunakan bantuan alat pengepam air Jabatan Bomba dan Penyelamat dengan kerjasama 60 kakitangan MDKS dan 20 anggota bomba.

“Kerja penambahbaikan bertujuan untuk meningkatkan tahap keceriaan pasar seperti mengecat semula bangunan, membuat landskap baharu dan membaik pulih peralatan yang rosak,” katanya.

Sementara itu seorang peniaga, Baharuddin Kassim, 49, yang menjalankan perniagaan hampir sembilan tahun di pasar terbabit menjelaskan, dia berpuas hati dengan inisiatif yang diambil MDKS bagi membersihkan kawasan pasar ini.

“Saya menyambut baik usaha pembersihan MDKS ini kerana membantu peniaga meningkatkan tahap kebersihan pasar basah ini walaupun terpaksa menutup sementara perniagaan,” katanya.

Seorang pengunjung, Masrah Adam, 72, ketika ditemui mengakui tidak menyenangi keadaan pasar yang kotor dan berbau busuk setiap kali membeli barang basah di pasar ini pada hujung minggu.

“Memang bagus kalau ada usaha nak bersihkan pasar basah ini. Harap peniaga pun dapat bersama dengan MDKS untuk memastikan kebersihan gerai sentiasa dijaga demi keselesaan pelanggan,” katanya.

    

Kemaskini pada 2014-08-28 23:13:38 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page