Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Pujian ibu bapa nafi tuduhan serong

Wartawan Sinar Harian II 19 Ogos 2014
 
   

 

BESTARI JAYA - Rata-rata ibu bapa yang menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran di Universiti Selangor (Unisel) Kampus Bestari Jaya, di sini berpuas hati dengan kemudahan asrama yang disediakan sekali gus menafikan dakwaan segelintir pihak yang masih menuduh asrama itu masih belum selamat didiami.

Tinjauan Sinar Harian pada sesi pendaftaran kemasukan penuntut baharu bagi pengambilan Ogos mendapati, rata-rata ibu bapa berpuas hati dengan keadaan asrama yang bersifat baik dan kelihatan baharu.

Seorang bapa yang juga seorang akauntan, Azman Jaafar, 54, berpendapat, keadaan asrama yang didiami anaknya dilihat memuaskan kerana nampak luas dan bersih manakala bahagian luarannya dicat baharu.

                                                       Vanitha (kiri) membantu adiknya mengemas bilik selepas selesai sesi pendaftaran bagi pengambilan Ogos.

“Saya bersyukur apabila anak ditempatkan dalam universiti sebab lebih selamat dan dekat dengan fakulti. Lagipun, saya lihat keadaan asrama yang baik dan teratur akan memberi keselesaan kepada anak untuk belajar.

“Saya juga bangga sebagai anak Selangor, kerajaan negeri memiliki institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang serba sempurna,” katanya ketika ditemui selepas menghantar anaknya ke asrama.

Seorang guru, Zainal Osman, 48, berkata, dia sanggup datang dari Batu Pahat, Johor untuk menghantar anak perempuannya yang melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Unisel.

“Sebelum ini, anak saya sudah pun menamatkan pengajian asasi di Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial di universiti sama dan saya tidak teragak-agak menyokong hasrat anak yang mahu melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah.

“Memang saya akui, sebelum ini dikatakan asrama bermasalah dan memberi kesan kepada penuntut kerana ditempatkan asrama luar yang jauh, jadi saya cukup lega bila dapat tahu asrama sudah boleh diduduki.

“Dulu anak ada bagi tahu, kena tunggu asrama dalam kampus siap sebab ada masalah kumbahan dan mendapan. Tapi, alhamdulillah sekarang saya lega bila anak dapat diami asrama sekali gus keselamatannya lebih terjamin.

“Saya yakin Unisel sebuah IPTS  yang setanding dengan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) lain dan mudah-mudahan masa depan anak lebih cerah dan memperoleh kerjaya yang diimpikan,” katanya.

Seorang lagi guru, M. Vanitha, 44, berkata, dia datang dari Perlis untuk menghantar adiknya M. Harshini, 20, yang menerima tawaran Unisel untuk melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.

“Kami bersetuju dengan pilihan Harshini kerana melihat kemudahan Unisel yang lebih baik berbanding dulu. Setakat ini, kami berpuas hati dengan keadaan asrama yang selesa dengan fasiliti memuaskan.

“Bahkan adik memberitahu dia selesa belajar di Unisel kerana ramai pensyarah yang bagus malah pencapaiannya juga semakin baik. Adik dapat ikuti sistem pembelajaran dan pengajaran di Unisel dengan baik,” katanya.

Sebelum ini, 44 asrama untuk kediaman penuntut lelaki dan perempuan terbabit dibuka semula pada 1 Julai lalu sebaik sahaja kerja baik pulih melibatkan sistem kumbahan dan masalah mendapan tanah selesai.

    

Kemaskini pada 2014-08-28 22:56:18 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page