Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Premis urutan kaki aktif selepas jam 12 malam

Wartawan Sinar Harian II 12 Ogos 2014
 
   

 

KUALA SELANGOR - Kelibat pelanggan yang keluar masuk pintu belakang sebuah premis yang terpampang menawarkan perkhidmatan urutan kaki selepas jam 12 malam menimbulkan keraguan penduduk setempat.

Lebih mencurigakan, pelanggan lelaki tak kira usia yang memarkirkan kereta agak jauh dari premis dan menggunakan pintu belakang untuk masuk sedangkan pintu utama tertutup rapi menunjukkan premis itu sudah tamat operasi.

                                                    Premis menawarkan khidmat urut kaki didakwa beroperasi di luar waktu menggunakan pintu belakang untuk memudahkan pelanggan keluar masuk.

Penduduk yang mahu dikenali sebagai Ali berkata, kelibat lelaki yang keluar masuk pintu belakang sebuah premis di sini menimbulkan syak wasangka penduduk yang tinggal berhampiran premis berkenaan.

Menurutnya, kelakuan mereka cukup mencurigakan memandangkan premis terbabit dilihat sudah tutup operasi dan dikhuatiri individu yang berniat jahat yang mungkin menjalankan aktiviti yang negatif.

“Saya tak pasti samada mereka itu pelanggan ataupun orang luar sebab masuk dari pintu belakang yang hairannya kenapa nak masuk pintu belakang selepas jam 12 malam? Adakah premis terbabit menjalankan aktiviti mencurigakan?

“Pintu depan sudah tutup sebab waktu operasi sudah tamat tapi kenapa ada lagi lelaki yang keluar masuk premis berkenaan ikut jalan belakang? Saya pun curiga bila tengok anak muda Melayu yang selalu masuk dalam situ.

“Mulanya saya tak perasaan aktiviti itu tapi bila tengok banyak kereta parking tepi jalan termasuk depan rumah saya..saya ingatkan ada kenduri ke majlis keramaian tapi bila diamati mereka masuk ke premis berkenaan,” dakwanya kepada Sinar Harian.

Seorang lagi penduduk yang mahu dikenali sebagai Hashim berkata, memang ada tiga premis yang menyediakan perkhidmatan urut kaki di kawasan ini sehingga menimbulkan pelbagai persoalan penduduk.

“Masa zaman Barisan Nasional (BN) dulu, mana ada kedai urut atau spa seperti sekarang...lepas kerajaan negeri dibawah Pakatan Rakyat (PR) ambil alih, semuanya dihalalkan dan premis maksiat semakin bertambah.

“Kenapa pihak berkuasa tempatan (PBT) boleh meluluskan permohonan untuk premis urut kaki yang boleh mengundang maksiat sebab dikatakan mereka bukan saja menyediakan khidmat biasa tapi lebih daripada itu.

“Saya minta pihak berwajib dapat memantau kegiatan tidak sihat ini terutamanya di Pekan Sungai Buloh sebab makin banyak pula premis serupa dibuka sehingga menimbulkan kebimbangan penduduk.

“Kalau boleh tutuplah premis yang mengundang unsur maksiat ini sebab natijahnya bukan pemiliknya yang kena tapi semua...ambil iktibar musibah tsunami di negara jiran supaya kita sentiasa beringat,” katanya.

Sementara  itu,  Setiausaha Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Azahari Sairin berkata, premis terbabit masih belum menerima sebarang pembaharuan lesen meskipun pemiliknya sudahpun mengemukakan permohonan sebelum ini.

“Hasil pemantauan mendapati, premis terbabit tidak sesuai menjalankan perkhidmatan terbabit dan PBT mengambil keputusan untuk tidak meluluskan pembaharuan lesen yang dimohon.

“Perkara sama turut dibangkitkan dalam mesyuarat minggu lalu dan pihak penguatkuasa akan menjalankan  tindakan lanjut di beberapa premis yang dikenalpasti termasuk premis yang diadukan penduduk,” katanya.

    

Kemaskini pada 2014-08-28 22:50:50 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page