Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Usahawan asnaf dipantau

Wartawan Sinar Harian II 22 Julai 2014
 
   

 

TANJONG KARANG - Lebih 100 golongan asnaf disasarkan mampu menjadi usahawan berjaya sepanjang Ramadan kali ini sebagai usaha Mais Zakat menaiktarafkan kehidupan mereka menjadi lebih baik.

Eksekutif Sektor Pembangunan Usahawan Mais Zakat Sdn Bhd, Fasihah Mat Radzi menjelaskan, seramai 500 nama asnaf disenaraikan untuk dipantau supaya mereka dapat menjalankan perniagaan seperti yang diyakini supaya tidak lagi tergolong dalam senarai fakir miskin.

Menurutnya, Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) mempunyai sasaran petunjuk prestasi bagi asnaf yang mampu berdikari dan membawa mereka keluar dari kepompong kemiskinan.

                                                       Fasihah meninjau perniagaan asnaf di beberapa lokasi di Tanjong Karang

“Mereka ini bukan saja dibantu dan dipantau tapi mereka dimasukkan ke dalam program pembangunan usahawan asnaf yang ditempatkan di bazar Ramadan seperti di Tanjong Karang dan Sijangkang.

“Sebelum ini lokasi bazar hanya tertumpu di Wisma Mais saja sejak empat tahun lalu dan Mais Zakat memperluaskan kawasan seluruh Selangor bagi menyasarkan asnaf seramai yang mungkin,” katanya pada program turun padang di bazar Ramadan sekitar Tanjong Karang.

Fasihah berkata, kali ini lebih 50 asnaf yang terdiri dalam kalangan orang miskin dan fakir dibantu melalui projek usahawan lori bergerak, bantuan My Burger dan motosikal beroda untuk perniagaan.

“Ada juga sebahagian daripada mereka yang  layak mendapat bantuan modal LZS  untuk berniaga manakala Mais membantu mencari lokasi sesuai bagi memastikan kesemua usahawan asnaf ini dipantau.

“Kita mahu mereka ini berjaya dan pada masa sama dipantau pihak berkaitan seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan SME Corp yang mampu menyuntik dana supaya mereka terus berjaya seperti yang diharapkan,” katanya.

Sementara itu penduduk, Norasmah Nordin, 43, yang berniaga bersama suaminya, Md Sah Mohamad, 50, di Tali Air 2, Kampung Sungai Burong teruja dan gembira apabila berpeluang berniaga sepanjang Ramadan ini.

“Sebelum ini suami pernah berniaga makanan dan minuman di pasar malam, jadi inilah pengalaman pertama kami berniaga di bazar. Bolehlah tambah duit untuk tampung belanja nak raya nanti.

“Di kawasan bazar ini ada 15 peniaga asnaf termasuk saya sendiri dan kami betul-betul berterima kasih kerana diberi peluang nak tambah rezeki sebab sebelum ini memang tiada sumber pendapatan khusus sepanjang puasa,” katanya.

Seorang lagi penduduk,  Hamdan Abdul Rahman, 45, berkata, peluang keemasan seperti ini memang tidak akan dilepaskan memandangkan dia sendiri menghidapi sakit buah pinggang yang mengehadkannya bekerja sebagai pemandu sebelum ini.

“Bila tak dapat bekerja hati cukup runsing tapi bersyukur apabila diberi peluang berniaga di bazar. Saya yang dibantu isteri memang tak sangka dapat peluang seperti ini dan boleh bantu kami tampung kos perubatan di hospital nanti,” katanya.

    

Kemaskini pada 2014-07-22 12:42:13 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page