Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Dana masih belum cukup

Wartawan Sinar Harian II 21 Julai 2014
 
   

 

KUALA SELANGOR - Kekangan kewangan mengehadkan pengurusan Rumah Tunas Harapan (RTH) Tengku Ampuan Rahimah Kuala Selangor, di sini untuk memberi kemudahan selesa dan menaiktarafkan kediaman anak yatim.

Timbalan Pengerusi RTH Tengku Ampuan Rahimah Kuala Selangor, Shamsiah Moktar berkata, meskipun dibawah bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun pihak pengurusan memerlukan dana untuk menampung keperluan semasa.

Menurutnya, sebelum ini pihaknya juga menerima bantuan dana dari pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menggembirakan anak yatim yang ditempatkan di enam rumah di sini, namun masih belum mencukupi.

“Lebih-lebih pihak pengurusan mahu mewujudkan rumah kediaman yang selesa dan menaiktarafkan rumah sedia ada memandangkan rumah ini menerapkan hidup berkeluarga dengan anak angkat di tanah seluas 24 hektar.

                                                   Shamsiah (kanan) menerima plak cenderahati yang disampaikan Sabariah sempena Majlis Berbuka Puasa bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

“Kalau boleh, kita mahu mewujudkan rumah yang selesa dan baik pulih kerosakan yang ada tapi memang tak cukup duit,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Bagaimanapun  program itu diwakili Ketua Setiausahanya, Datuk Sabariah Hassan dan dihadiri Penaung RTH Tengku Ampuan Rahimah Kuala Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar, Penasihat RTH Tengku Ampuan Rahimah Kuala Selangor, Datin Seri Utama Wan Noor Daud.

Shamsiah berkata, pihaknya memerlukan keprihatinan orang ramai untuk membantu membiayai dana kewangan yang diperlukan untuk menguruskan rumah jagaan anak yatim pelbagai kaum itu.

“Orang ramai boleh datang terus melihat perkembangan anak jagaan RTH di Kuala Selangor ataupun menyalurkan dana ke dalam akaun bank Maybank 0121138102594 atas nama Rumah Tunas Harapan Tengku Ampuan Rahimah.

“Bantuan berbentuk dana itu nanti dapat menceriakan lagi penghuni rumah RTH sekali gus menampung keperluan semasa seperti bil elektrik, air dan sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Sabariah berkata, kementerian sentiasa prihatin dengan keperluan anak yatim dan kanak-kanak kurang upaya (OKU) dan sentiasa memberi pelindungan kepada mereka sebaik mungkin.

“Saya juga menyarankan ibu bapa yang memiliki anak istimewa supaya mendapatkan khidmat kaunseling dan fisiologi di Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) berhampiran dan tidak mengabaikan mereka.

“Masih ramai ibu bapa kurang pengetahuan untuk menjaga dan memelihara anak istimewa ini malah mereka difahamkan tidak tahu kewujudan PDK yang mampu memantau perkembangan anak OKU,” katanya.

   

Kemaskini pada 2014-07-22 12:43:43 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page