Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Hanya 45 kawasan Selangor, KL alami gangguan air

Wartawan Sinar Harian II 09 Julai 2014
 
   

 

KUALA LUMPUR - Hanya 45 daripada 512 kawasan di wilayah Selangor dan Kuala Lumpur masih mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual dan tekanan air rendah sejak Isnin lepas berikutan kekurangan pengeluaran air terawat di dua buah Loji Rawatan Air (LRA).

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam kenyataan hari ini berkata antara kawasan tersebut ialah Taman Melati, Ampang Jaya, Desa Pandan, Jalan U-Thant dan Setapak Jaya.

"Masalah ini disebabkan pengurangan pengeluaran air terawat sebanyak 137 juta sehari (JLH) dari LRA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) dan LRA Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) oleh Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH).

                                                             Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas)

"Pengurangan pengeluaran air daripada LRA Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) yang diuruskan oleh Puncak Niaga (M) Sdn Bhd itu juga berlaku disebabkan penurunan paras aliran air mentah Sungai Selangor," katanya.

Syarikat itu berkata bagi membantu mengurangkan kesulitan pengguna di kawasan tersebut, pihaknya meletakkan lori-lori tangki dan tangki statik untuk pengagihan bekalan air kecemasan.

"Keutamaan bantuan bekalan air kecemasan ini diberikan kepada pengguna-pengguna kritikal seperti hospital kerajaan/swasta, pusat dialisis dan rumah kebajikan serta situasi yang amat memerlukan seperti upacara kematian atau kenduri," menurut kenyataan itu.

Menurut Syabas pihaknya akan melakukan pemantauan secara berterusan dan akan memaklumkan perkembangan terkini dari masa ke semasa melalui media massa. - Bernama

   

Kemaskini pada 2014-07-10 17:20:49 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page