Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Hilang seri Ramadan

Wartawan Sinar Harian II 09 Julai 2014
 
   

 

KUALA SELANGOR - Ramadan kali ini mungkin hilang serinya buat sebuah keluarga di Jalan Permatang Pasir, Kampung Pasir Tuntong, Jeram apabila anak perempuan mereka yang hilang sejak 26 Jun lalu masih gagal ditemui.

Lebih membimbangkan, anak ketujuh daripada 11 beradik itu dikatakan keluar rumah jam 8.30 pagi dengan alasan mahu menghantar sekumpulan pelajar ke Port Dickson, Negeri Sembilan dengan berpakaian blaus merah, tudung hitam dan seluar coklat cerah.

Ibunya, Fatimah Jasin, 50, berkata, sebelum kejadian dia dimaklumkan anaknya, Siti Nor Asma Zaidi, 17, mahu ke Port Dickson untuk menghantar sekumpulan pelajar selama empat hari dan beranggapan ia program anjuran sekolah.

“Akak ingat itu program sekolah dan tak fikir apa-apa sebab dia tak sekolah pada Khamis itu sebab kena ikut hantar pelajar, sehari sebelum itu dia sekolah macam biasa dan tak ada yang lain pun.

                                                         Fatimah menunjukkan gambar Asma yang hilang sejak 26 Jun lalu.

“Akak sempat intai dari tingkap bila dia jalan seorang diri dengan bawa beg galas ke jalan utama dan masa itu, akak sibuk dengan anak sulung buat pulut kuning untuk dihantar ke masjid sebab masa itu sibuk nak sambut puasa.

“Hati berdetik bila tak dapat hubungi Asma tapi malam Sabtu dia ada telefon akak dan maklum akan pulang ke rumah pagi Ahad atau lepas berbuka,” katanya.

Fatimah berkata, hatinya runsing bila tidak dapat menghubungi telefon anaknya selepas waktu berbuka dan dia nekad membuat laporan polis kerana tidak mahu kejadian tidak diingini menimpa anak yang mesra dengan panggilan As.

“Akak buat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Kuala Selangor pada 30 Jun lalu dan selepas risik kawan-kawan, mereka dakwa Asma pergi ikut abang angkatnya yang akak sendiri pun tak kenal.
“Akak dapat tahu dia kenal lelaki itu melalui WeChat dan dikatakan terima ajakan untuk ke Port Dickson.

“Bila jadi begini, akak teringat peristiwa anak bongsu yang nyaris diculik masa kami duduk di Petaling Jaya, masa itu anak bongsu baru lima tahun dan diumpan seorang lelaki yang mengajaknya untuk cari anak kucing dan burung.

“Tapi nasib baik anak akak dapat lari. Akak tak mahu kejadian buruk berlaku kepada Asma, cukuplah sekali kami diduga. Akak merayu Asma baliklah cepat lebih-lebih sekarang ini Ramadan dan tak lama lagi nak raya,” katanya.

Sementara itu Adun Bukit Melawati, Jakiran Jacomah yang dimaklumkan perkara itu turut bersimpati dengan musibah yang menimpa keluarga Fatimah dan memohon kerjasama orang ramai supaya dapat membantu mencari Asma.

Dalam pada itu, orang ramai yang menjumpai atau terlihat Siti Nor Asma diminta menghubungi Fatimah di talian 017-3196635.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Muhd Taib Ahmad mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Sehubungan itu, pihaknya minta kerjasama orang ramai menghubungi balai polis berhampiran sekiranya menemui gadis tersebut.

   

Kemaskini pada 2014-07-10 17:15:55 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page