Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Tak sempat ambil Muet

Wartawan Sinar Harian II 06 Julai 2014
 
   

 

KUALA SELANGOR - Seorang penuntut Management and Science University (MSU) yang dalam perjalanan menduduki peperiksaan Malaysian University English Test (Muet) terbunuh selepas terlibat kemalangan di KM16.5 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur di Bukit Rotan, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa, Mohd Faiz Fakruddin Hasnan, 27, dipercayai dalam perjalanan dari Shah Alam menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Permatang untuk menduduki peperiksaan Malaysian University English Test (Muet).

Ketua Polis Daerah, Superintenden Muhd Taib Ahmad berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati, motosikal ditunggang mangsa tidak mengalami sebarang kerosakan seperti dilanggar kenderaan lain dan kemungkinan mangsa ketika kejadian terbabas seorang diri.

"Bagaimanapun, mangsa yang terpelanting masuk ke laluan bertentangan dipercayai maut selepas dilanggar sebuah kenderaan yang kebetulan lalu di kawasan terbabit. Namun, pemilik kenderaan masih belum dapat dikesan.

“Mangsa  berasal dari Ipoh, Perak itu dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat. Mangsa mengalami kecederaan dalaman teruk dan retak tulang pinggang. Jenazah telah dituntut keluarga,” katanya yang memaklumkan kes masih disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

   

Kemaskini pada 2014-07-10 17:11:07 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page