Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Sinar Ramadan masih hambar

Wartawan Sinar Harian II 04 Julai 2014
 
   

 

TANJONG KARANG - Sinar Ramadan kali ini masih hambar buat seorang kurang upaya (OKU), Saleh Abas, 50, apabila mengenangkan keadaan bumbung rumah yang masih bocor dan dinding reput.

Menurutnya, masalah kewangan yang dihadapi menyebabkan dia tidak mampu untuk membaiki bumbung yang usang dengan keadaan dinding rumah yang kian reput dimakan anai-anai.

“Kerja sebagai petani memang hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dan bersyukur apabila beban diringankan dengan bantuan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

                                                       Sulaiman (tengah) ketika mengunjungi rumah Saleh di Kampung Lubuk Jaya simpati dengan keadaan rumah lelaki tersebut.

“Tapi sekarang ini pakcik buntu memikirkan keadaan rumah yang bocor sana sini. Bil elektrik pun masih tertunggak. Nak kerja kuat pun mata dah tak nampak sangat,” katanya sebak.

Menambahkan kesedihan katanya, rumahnya yang bersambung dengan rumah emak dengan hanya dipisahkan dinding itu tidak menjadi ‘tumpuan’ orang kampung untuk masuk setiap kali marhaban diadakan di kampung itu.

“Setiap tahun, pasti ada marhaban dibuat ke rumah-rumah..bila orang kampung hanya masuk rumah sebelah saja, pakcik jadi sedih seolah-olah mereka tak mahu masuk disebabkan rumah tak sempurna dan sempit.

“Pakcik nak juga rasa kemeriahan marhaban di rumah tapi apakan daya...sebab itu saya mohon jasa baik pemimpin setempat supaya dapat bantu ringankan beban yang ditanggung,” katanya.

Sementara itu, Adun Permatang, Sulaiman Abd Razak ketika mengunjungi Saleh berkata, pihaknya simpati nasib penduduk kampung itu yang berdepan masalah kekangan kewangan untuk membaiki bumbung rosak teruk.

“Saya pun ada tinjau keadaan rumah terutamanya bahagian dapur dengan kayu bumbung reput, bumbung berlubang dan bilik pun dipisahkan dengan almari saja disebabkan tiada ruang peribadi anak perempuannya.

“Dinding memisahkan rumah emak dan adik yang lain pun sudah reput dan kalau kita pegang, dinding itu boleh bergoyang. Saya tak boleh bayangkan kalau angin kuat melanda rumah ini.

“Saya akan bantu mengeluarkan kos baik pulih kerosakan diadukan seperti baik pulih bumbung yang dilihat perlu dibaiki segera bergantung kepada kerosakan sebab kita lihat rumahnya bersambung dengan dua rumah lain.

“Saya minta Saleh supaya mengemukakan permohonan rumah kepada agensi berkaitan kerana dia dikategorikan asnaf dan berhak untuk memohon bantuan..saya juga akan memberi sokongan penuh.

“Mungkin tiada info menyebabkan Saleh tidak tahu cara sebenar untuk memohon bantuan...saya pun harap kehidupan keluarga ini akan lebih sempurna menjelang Syawal nanti,” katanya.

   

Kemaskini pada 2014-07-10 17:09:33 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page