Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Unisel didakwa tamat kontrak tanpa notis

Wartawan Sinar Harian II 30 Jun 2014
 
   

 

KUALA SELANGOR - Sekumpulan 15 pengusaha bas yang menyediakan perkhidmatan bagi penuntut Universiti Selangor (Unisel) kampus Bestari Jaya membantah tindakan pengurusan universiti yang didakwa menamatkan kontrak mereka tanpa sebarang notis.

Tindakan itu dilihat akan menjejaskan 900 penuntut institusi milik kerajaan negeri Selangor itu yang menggunakan perkhidmatan bas ulang-alik hampir setiap hari dari kawasan seperti Taman Ilmu dan Kota Puteri untuk ke universiti itu.

Pengarah Urusan Konsortium Bas Ekspres Melayu (Klang) Sdn Bhd, Mohd Kamal Mohamed Noor, yang mewakili pengusaha bas berkenaan, mendakwa penamatan kontrak itu pada 7 Julai melanggar syarat perjanjian dengan pihak universiti, sedangkan ia sepatutnya berakhir pada 21 Oktober.

"Tempoh kontrak bagi menyediakan bas ulang-alik ini adalah setahun namun ia akan ditamatkan Julai. Kami tidak diberi sebarang notis oleh pihak Unisel mengenainya," katanya.

Mohd Kamal bercakap kepada pemberita di luar kampus Unisel Bestari Jaya di sini hari ini ketika menyertai pengusaha bas berkenaan yang berkumpul secara aman sebagai membantah perkembangan itu.

Beliau mendakwa perkara itu hanya sampai ke pengetahuan pengusaha bas berkenaan apabila dimaklumkan oleh pelajar Unisel.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Unisel kampus Bestari, Jaya Muhammad Aiman Kamarudin, berkata tuntutan pengusaha bas berkenaan telah disampaikan kepada pihak universiti dan tindakan sedang diambil bagi mengatasi masalah itu. - Bernama

   

Kemaskini pada 2014-07-10 17:06:09 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page