Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita 2013 : Pelawa Ibu Tunggal Sertai Program Kerajaan Negeri

      

SHAH ALAM 14 MEI : Ibu tunggal yang bertindak menyaman Kerajaan Negeri sebelum ini diseru mendaftar bagi membolehkan mereka menikmati pelbagai program yang disediakan Kerajaan Negeri.

Exco Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail berkata pendaftaran itu penting bagi memastikan segala prosedur, proses dan syarat-syarat kelayakan dipenuhi sebelum bantuan dapat disalurkan.

"Saya mengulangi seruan saya selama ini, sebelum dan selepas kes saman, juga ketika dialog bersama Persatuan Ibu Tunggal Selangor pada 28 November tahun lalu untuk mereka tampil mendaftar.

"Kita akan berusaha untuk membantu mereka meningkatkan mutu kehidupan dan menjaga kebajikan mereka sepertimana diikrarkan dalam manifesto," tegas Adun Batu Tiga ini.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan saman oleh Murtini binti Kasman (Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Selangor) beserta 2, 019 yang lain terhadap Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar Selangor.

Antara lain, saman tersebut menuntut Kerajaan Negeri membayar tunggakan elaun berjumlah RM 10.9 juta kepada mereka.

Rodziah juga menjelaskan, Kerajaan Negeri secara berfasa ingin merealisasikan konsep ‘welfare to workfare' atau kebajikan kepada berpendapatan bagi rakyat yang memerlukan bantuan.

"Hanya dengan memberikan wang bantuan atau RM (Ringgit Malaysia), ia bukan lagi dikira sebagai jalan penyelesaian dalam membasmi kemiskinan dan kesulitan hidup rakyat untuk jangka masa panjang," ujar Rodziah.

Bagi golongan ibu tunggal, Kerajaan Negeri bukan sahaja menawarkan bantuan menerusi pemberian elaun tetapi meliputi kursus-kursus kemahiran, skim-skim mikrokredit, pembinaan jati diri, bantuan pembelajaran anak-anak dan lain-lain.

Kesemua bantuan tersebut diilhamkan untuk membantu ke arah pemberdayaan ibu tunggal dan meningkatkan kualiti hidup mereka, anak-anak dan keluarga.

        


Kemaskini pada 2014-07-01 15:26:50 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page