Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita 2013 :Perkhidmatan awam Selangor diseru amal inovasi dan kreativiti

      

inovasi 2

SHAH ALAM 26 SEPT : Jabatan dan agensi perkhidmatan awam di seluruh Selangor diminta mengamalkan budaya kerja inovasi dan kreativiti bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, apabila segala hasil kerja mendapat pengiktirafan dan digunapakai oleh jabatan lain, ia akan menjadi ‘wow factor' untuk Selangor banggakan di kalangan perkhidmatan awam tanpa mengira di peringkat negeri mahupun kebangsaan.

Beliau berkata, Selangor sebagai sebuah negeri paling maju di negara ini, seharusnya menunjukkan contoh terbaik kepada negeri yang lain.

"Seperti yang kita semua sedia maklum, inovasi dan kreativiti adalah fokus utama kerajaan dalam usaha menuju ke arah negara maju dan rakyat yang berpendapatan tinggi menjelang 2020.

"Justeru itu, perkhidmatan awam juga perlu menyahut seruan kerajaan dengan menjadi peneraju dalam pembudayaan inovasi dan kreativiti ini," katanya dalam ucapan yang disampaikan wakilnya, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Datuk Tarmedi Omar dalam Majlis Konvensyen Kumpulan Inovasi Dan Kreativiti (KIK) Perkhidmatan Awam Peringkat Selangor ke 26 2013 di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Seksyen Agihan dan Pembangunan (UPEN), Mohd Hasry Nor Muhamad.

Konvensyen itu disertai 17 kumpulan dari jabatan dan agensi kerajaan di Selangor bermula 26 hingga 27 September.

inovasi 1

Sebagai langkah lebih proaktif, beliau berkata, setiap jabatan perlu menyediakan persekitaran kerja yang kondusif dan menggalakkan kakitangan untuk turut sama berganding bahu dalam mengamalkan budaya inovasi dan kreativiti itu.

Katanya, penyertaan juga perlu merangkumi segenap lapisan jawatan dari pegawai sehingga kepada kakitangan kumpulan sokongan dengan semangat kerja berpasukan di dalam jabatan dapat diperkukuhkan.

"Kita sebagai penjawat awam perlu sentiasa berusaha untuk meningkatkan usaha dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Pihak berkepentingan (stakeholders) dengan kita juga kini semakin kompleks sentiasa selangkah ke hadapan.

"Oleh itu, kita perlu sentiasa berfikir di luar kotak atau bersedia untuk keluar dari zon selesa maka barulah kita dapat bersaing dengan sektor swasta dalam memberikan perkhidmatan setanding dengan mereka," katanya.

        


Kemaskini pada 2014-07-01 11:33:46 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page