Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Budaya hidup sihat langkah terbaik atasi denggi

Wartawan Selangor Kini II 23 Jun 2014
 
   

 

SHAH ALAM, 23 JUN : Kempen bebas denggi anjuran Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM) adalah antara usaha bagi menyemai budaya hidup sihat terutama dalam mengatasi masalah denggi di Selangor.

Exco Kesihatan Selangor, Dr Daroyah Alwi, berkata program berkenaan dilaksanakan sebagai inisiatif melaksanakan pelbagai program kesihatan dan menerapkan amalan menjaga kebersihan bermula daripada kanak-kanak.

      DSC_4546  DSC_4562

Katanya, masalah denggi yang berlaku saban tahun terutama di Selangor perlu diatasi dengan kerjasama semua pihak bagi memastikan persekitaran sentiasa berada dalam keadaan bersih dan mengamalkan budaya hidup sihat.

“Program ini juga di rancang untuk memberi kesedaran awam berkenaan bahaya nyamuk aedes dan demam denggi bagi mencapai objektif untuk menjadikan amalan kebersihan sebagai budaya hidup sihat.

“Selain itu, Kerajaan Negeri juga ingin memupuk sikap keperhatinan dan komitmen yang tinggi di kalangan warga sekolah berkenaan pendidikan pencegahan pembiakan nyamuk Aedes,” katanya selepas merasmikan kempen berkenaan yang turut dihadiri Pengerusi PERTIM Datuk Nahrawa Hashim di Galeri Shah Alam, di sini, semalam.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang kempen itu adalah aktiviti 10,000 langkah Tasik Shah Alam , senamrobik, pertandingan mewarna, melukis poster dan persembahan daripada kanak-kanak berusia lima hingga lapan tahun.

Pada masa sama, Daroyah turut melawat hasil kerja pelajar di bawah PERTIM selain menyaksikan persembahan penutup kempen terbabit.

   

Kemaskini pada 2014-06-24 15:52:53 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page