Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Tilawah Al-Quran guna Braille usaha martabat OKU

Wartawan Selangor Kini II 21 Jun 2014
 
   

 

SHAH ALAM, 21 JUN : Kerajaan Selangor sentiasa prihatin terhadap peranan golongan kurang upaya (OKU) di negeri ini bagi memastikan hak dan penyertaan mereka disamaratakan dalam pembangunan masyarakat.

Terbaru, usaha bagi mengiktiraf golongan itu diperhebatkan melalui penganjuran Majlis Tilawah al-Quran Braille Peringkat Kebangsaan yang menyaksikan golongan OKU daripada pelbagai peringkat umur tampil menunjukkan kemahiran mengalunkan ayat suci al-Quran.

            tilawah al-quran braille 2 a   braille 2 a

Beliau turut memuji usaha penganjur majlis berkenaan iaitu KL Braille Resources yang menjadi syarikat pertama menerbitkan kitab suci al-Quran dalam tulisan braille.

Katanya usaha itu sekaligus memudahkan golongan cacat penglihatan untuk membaca al-Quran meskipun dilahirkan tidak sempurna.

“Mereka (KL Braille) membantu golongan yang kurang bernasib baik dan tidak membenarkan orang menggunakan alasan cacat penglihatan tidak mampu membaca al-Quran.

“Inilah modal insan yang kita mahukan di negeri Selangor malah saling membantu dari sudut ilmu sangat dituntut dalam Islam,” katanya lagi.

Seramai 12 peserta amatur dan berpengalaman dengan perbezaan latar belakang terlibat dalam pertandingan itu, majlis yang berlangsung di Perpustakaan Raja Tun Uda itu menyaksikan penglibatan dari beberapa buah negeri antaranya Selangor, Johor, Terengganu, Kelantan dan Kuala Lumpur.

Hadir sama, Pengarah Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Mastura Muhammad dan Pengarah Urusan KL Braille Resources, Datuk Mah Hassan Omar.

   

Kemaskini pada 2014-06-24 15:39:59 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page