Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Unisel, MSSA tingkat kerjasama lahir pelajar mahir guna keluli

Wartawan Selangor Kini II 20 Jun 2014
 
   

 

SHAH ALAM 20 JUN : Universiti Selangor (UNISEL) bersama Malaysian Structural Steel Association (MSSA) menjalin kerjasama melalui memorandum persefahaman (MoU) dalam mempromosikan penggunaan keluli kepada para pelajar khususnya jurusan Kejuruteraan Awam.

Ketua Komunikasi Korporat Unisel, Hasril Abu Hassan, berkata MoU ini adalah hasil perbincangan yang diadakan pada Ogos tahun lalu dan selepas mendapat beberapa penerangan dari MSSA kepada fakulti kejuruteraan.

                                                      Mou Unisel - Keluli

Katanya, perkara ini kemudian dibincangkan di peringkat mesyuarat eksekutif UNISEL sehingga kedua-dua pihak mencapai persetujuan untuk menandatangani MoU seterusnya melibatkan diri di dalam kursus serta aktiviti ditawarkan oleh MSSA.

“Sebagai salah satu institut pengajian tinggi (IPT) menawarkan program kejuruteraan khususnya program kejuruteraan awam ini merupakan peluang baik untuk penambahbaikan kepada proses pembelajaran serta pengajaran kepada para pelajar,” katanya dalam kenyataan media.

Hasril berkata, penglibatan para pelajar di dalam pertandingan dianjurkan MSSA seperti Open Idea Competition (OIC) akan memberi lebih banyak peluang kepada mereka untuk mempersembahkan kreativiti daripada aspek pengstrukturan keluli di dalam pembinaan.

“UNISEL berharap MoU ini akan membuka lebih banyak peluang kepada pensyarah untuk terlibat sama di dalam kursus anjuran MSSA dan syarikat yang berkolaborasi sama ada di dalam atau luar negara,” katanya.

   

Kemaskini pada 2014-06-24 15:32:34 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page