Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Harga premium tanah tinggi punca ILP gagal siap

Wartawan Sinar Harian II 23 Jun 2014
 
   

 

KUALA SELANGOR - Kadar premium tanah yang mencecah hampir RM2 juta didakwa menjadi punca projek pembinaan Institut Latihan Peladang (ILP) di Sungai Kajang, Tanjong Karang di sini gagal disiapkan tahun ini.

Pengerusi Majlis Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar mendakwa Kerajaan Selangor mengenakan harga premium tanah yang tinggi menyebabkan penukaran status tanah itu tidak dapat dilaksanakan.

"Tapak tanah seluas tiga ekar itu sebelum ini digunakan untuk membangunkan projek perumahan, namun pemajunya gagal melaksanakan projek itu.

                                             Noh Omar

"LPP (Lembaga Pertubuhan Peladang) membeli tanah berkenaan sebanyak RM1.3 juta untuk membina institusi melatih peladang.

"Tetapi disebabkan kerajaan negeri mengenakan harga premium yang tinggi, status tanah itu belum dapat ditukar. Sebab itu, projek pembinaan yang bermula sejak 2011 tertangguh sehingga kini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tanjong Karang di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta Kerajaan Selangor tidak mengamalkan karenah birokrasi yang boleh mengakibatkan projek pembangunan untuk rakyat gagal dilaksanakan. - Bernama

  

Kemaskini pada 2014-06-24 15:19:28 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page