Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Yakin mampu kekal prestasi padi

Wartawan Sinar Harian II 18 Jun 2014
 
   

 

TANJONG KARANG - Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tanjong Karang optimis peserta program NKEA-EPP mampu berdikari seterusnya mengekalkan prestasi pengeluaran hasil padi yang menggalakkan meskipun insentif dihentikan selepas musim kelima.

Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah PPK Tanjong Karang, Sahri Siwer berkata, PPK yang dilantik sebagai badan peneraju program NKEA-EPP ini yakin dengan komitmen berterusan peserta yang mahu terus mengekalkan pengeluaran hasil mencapai lebih lapan tan permatrik.

                                                   Hasil padi peserta Program NKEA-EPP meningkat setiap musim.

Menurutnya, usaha PPK bersama IADA Barat Laut Selangor meningkatkan hasil padi di Tanjong Karang sehingga 12 tan permatrik semusim berhasil apabila ada peserta mampu mencapai sasaran terbabit.

“Saya akui ramai peserta bimbang sekiranya insentif dihentikan selepas musim kelima namun saya percaya mereka mampu mengekalkan prestasi kerana sehingga kini masing-masing sudah terbukti berjaya mencapai target seperti yang diharapkan kerajaan.

“Peserta juga perlu melihat perkara ini dari sudut positif kerana insentif yang diberikan sebagai suntikan semangat untuk mereka dan jika hasil pengeluaran terus meningkat..itu sudah menjadi satu bonus,” katanya selepas Majlis Kesyukuran dan Penyampaian Insentif Program
NKEA-EPP di Pusat Pukal Padi PPK Tanjong Karang dirasmikan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar.

Sementara itu, Pengarah IADA Barat Laut Selangor, Eliyas Saad berkata, pihaknya memantau sejauh mana kejayaan projek ini dapat dilaksanakan selepas insentif dihentikan.

“IADA Barat Laut Selangor juga mempunyai indeks petunjuk prestasi (KPI) untuk projek ini samaa da berkemampuan diteruskan dengan hasil pengeluaran padi  cukup menggalakkan seperti sekarang ini selepas musim kelima nanti.

“Jika kita lihat peserta masih mengharapkan insentif untuk meningkatkan momentum pengeluaran hasil padi sepanjang hidup mereka, saya rasa projek ini belum mencapai matlamat sebenar.

“Kerajaan mahu bantu mereka tingkatkan hasil padi tapi janganlah peserta terus harapkan insentif sedangkan bantuan ini bukan bersifat kekal,” katanya.

   

Kemaskini pada 2014-06-24 15:12:04 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page