Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Kerajaan Selangor digesa dedah analisis air

Wartawan Sinar Harian II 13 Jun 2014
 
   

 

KUALA SELANGOR - Kerajaan Selangor digesa mendedahkan analisis kandungan bekalan air menerusi pelaksanaan projek 'Hybrid off River Augmentation System' (Horas) dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang bermula Isnin ini.

Ketua Pembangkang Dun Selangor, Datuk Mohd Shamsudin Lias berkata pihaknya telah membawa isu tersebut kepada speaker Dun untuk dijadikan usul supaya laporan berkenaan dapat dijelaskan secara lebih telus kepada rakyat.

                                                                  Mohd Shamsudin Lias

Katanya walaupun Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim memberi pelbagai jaminan namun rakyat Selangor berhak untuk mengetahui mengenai keselamatan sumber air daripada projek Horas itu.

"Kita nak penjelasan, adakah air yang dipam dari lombong itu selamat digunakan selepas ditapis sebagai air bersih. Kita tidak mahu nanti ada pula kesan-kesan sampingan yang boleh mengancam kesihatan rakyat pada masa depan," katanya kepada pemberita semasa lawatan ke projek Horas di Kampung Sungai Darah di sini hari ini.

Menyifatkan krisis air tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah negeri maju seperti Selangor, Mohd Shamsudin meminta kerajaan negeri menjelaskan sama ada projek Horas mampu menyalurkan bekalan air terawat secukupnya kepada seluruh rakyat sepanjang musim kering yang diramal boleh melanda sehingga 18 bulan. 

Katanya selain Horas, kerajaan Pakatan Rakyat itu juga harus lebih bersedia dan mempunyai alternatif dalam mencari sumber air supaya catuan bekalan tidak akan berulang seperti yang dijanjikan Menteri Besar sebelum ini.

Sehubungan itu, pihaknya turut membawa usul kepada Dun untuk meminta Abdul Khalid memohon maaf kepada seluruh rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berikutan bebanan yang terpaksa ditanggung semasa catuan air selama tiga bulan baru-baru ini.

Usul ini, katanya, dibawa kerana kecuaian dan kegagalan kerajaan Selangor sejak 2008 merangka pelan tindakan alternatif untuk menyediakan bekalan air secukupnya bagi menghadapi krisis.

"Sebagai tanda yang boleh menunjukkan kerajaan Selangor bertanggungjawab, apa salahnya memohon maaf kerana kegagalan itu menyebabkan rakyat yang terpaksa menanggung penderitaan tersebut," katanya.

   
Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan negara dijangka mengalami musim kering pada bulan Jun sehingga September tahun ini manakala Pertubuhan Meteorologi Dunia meramalkan fenomena El Nino berkemungkinan berlaku pertengahan tahun ini dan mungkin berlanjutan antara enam hingga 18 bulan. - Bernama

  

Kemaskini pada 2014-06-24 14:59:35 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page