Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : LUAS: Usaha dipergiat elak catuan air berulang

Wartawan Selangor Kini II 10 Jun 2014
 
   

 

SHAH ALAM, 10 JUN : Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) akan memastikan catuan air di negeri itu termasuk Lembah Klang dan Putrajaya tidak akan berulang meskipun fenomena El-Nino (musim kering) dijangka melanda penghujung Jun ini.

Pengarah Luas, Md Khairi Selamat, berkata pihaknya sudah mempunyai pelan alternatif untuk memastikan bekalan air sentiasa mencukupi bagi kegunaan rakyat Selangor

                                                                     air pahang

Beliau berkata selain empangan, Selangor turut bergantung kepada kolam takungan air yang mampu membekalkan kapasiti air dengan lebih tinggi.

“Ikut perbincangan di peringkat negeri kita akan elakkan supaya tidak berlaku lagi (catuan) dengan menggunakan air dari yang diambil di kolam takungan.

“Malah ujian makmal di Jabatan Kimia telah membuktikan bahan-bahan di dalam kolam itu memang memenuhi standard yang ditetapkan,” katanya selepas membentangkan kertas kerja pada Majlis Dialog Belanjawan 2015 di Pusat Kovensyen Shah Alam (SACC).

Dalam pada itu, Md Khairi turut memaklumkan paras air di Empangan Selangor mencatat peningkatan sehingga 43.52 peratus meskipun hujan tidak turun dalam tempoh beberapa hari ini.

Beliau turut memaklumkan pembenihan awan akan diteruskan walaupun dalam keadaan cuaca kering dengan menggunakan kaedah terbaik.

“Meskipun dua tiga hari tidak hujan, tetapi paras empangan meningkat sebab air datang daripada kawasan tadahan dan masuk ke empangan.

“Mengenai pembenihan awan, kita akan teruskan menggunakan kaedah yang lebih baik, malah perbincangan awal sedang dilakukan sebab ia melibatkan beberapa agensi dan memerlukan bantuan daripada pihak yang ada kelengkapan,” katanya lagi.

  

Kemaskini pada 2014-06-10 12:54:11 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page