Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : UNISEL menuju 30 peratus penggunaan ICT, galak pelajar ke luar negara

Wartawan Selangor Kini II 07 Jun 2014
 
   

 

SHAH ALAM, 7 JUN : Universiti Selangor (UNISEL) akan mempertingkatkan kemampuan teknologi makulmat dan komunikasi (ICT) dalam usaha mencapai sasaran 30 peratus yang ditetapkan.

Naib Canselornya, Profesor Dr Anuar Ahmad, berkata perancangan itu juga selaras dengan perancangan Kerajaan Negeri untuk mewujudkan sistem ‘fibre optik sendiri.

Katanya, sistem rangkaian UNISEL dan Selangor akan menjadi lebih murah, cepat dan bebas daripada kawalan penyedia rangkaian yang mahal dengan pelaksanaan itu.

                       anuar UNISEL pc 01  unisel 03

“Kerajaan Pusat mensasarkan bahawa menjelang 2015 setiap universiti kena ada 30 peratus penggunaan ICT termasuk bahan pengajaran. Jadi, kita sudah bawa kepada Kerajaan Negeri untuk luluskan peruntukan bagi mengadakan kemudahan ICT di UNISEL,” katanya.

Beliau ditemui baru-baru ini ketika majlis perasmian Persidangan Antarabangsa ‘Engaged Learning’ dan Maklumat untuk Pembangunan Teknologi (CITD) Kurikulum Universiti di Hotel Concorde, di sini.

Mengulas perkembangan lain, Anuar berkata, UNISEL juga kini giat mengadakan program pengantarabangsaan pelajar dalam kursus tertentu.

“UNISEL menghantar pelajar kita untuk buat praktikal di luar negara supaya mereka tidak kekok apabila bekerja di luar atau di peringkat antarabangsa.

“Kita juga memberi sijil yang diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti pensijilan rangkaian yang dikeluarkan sebuah badan profesional antarabangsa. Jadi, tidak hairan apabila semua lulusan ICT kita mendapat kerja walaupun masih belum habis pengajian,” katanya.

  

Kemaskini pada 2014-06-10 12:36:47 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page